Fahmi sumbang baucar RM150, lancar khidmat ambulans RM1 untuk warga Lembah Pantai

February 7, 2026 · Isu semasa

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengagihkan baucar barangan keperluan harian bernilai RM150 kepada hampir 700 penduduk masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baharu Cina dalam satu program komuniti di Pasar Taman Sri Sentosa, hari ini.

Fahmi berkata bantuan itu disasarkan kepada golongan B40 dan M40 bagi membantu mereka membuat persiapan perayaan dalam keadaan kos sara hidup yang masih mencabar. “

Hari ini kita agihkan baucar untuk membeli barangan keperluan harian di dua pasar raya sekitar Lembah Pantai kepada hampir 700 penerima,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai.

Rumah terbuka berkenaan diadakan lebih awal tahun ini berikutan kedudukan Tahun Baharu Cina yang hampir dengan ketibaan bulan Ramadan, sekali gus memudahkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum.

Pada majlis sama, Fahmi turut mengumumkan pelaksanaan perkhidmatan ambulans rakyat pada kadar RM1 melalui kerjasama dengan Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, khusus untuk penduduk kawasan itu terutama golongan berpendapatan rendah.

“Jika perlukan ambulans, mereka boleh hubungi pejabat saya. Ini sebahagian usaha khidmat masyarakat untuk bantu warga Lembah Pantai,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap jenayah penipuan dalam talian yang biasanya meningkat menjelang musim perayaan.

“Jika jadi mangsa, segera hubungi NSRC di talian 997 dalam tempoh 30 minit supaya aliran wang dapat disekat,” katanya.

Menurutnya lagi, orang ramai perlu berhati-hati dengan mesej mencurigakan melalui WhatsApp, SMS dan media sosial termasuk tawaran pelaburan yang kelihatan terlalu menarik.

Fahmi menambah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan syarikat telekomunikasi menyekat penghantaran SMS yang mengandungi pautan meragukan bagi mengurangkan kes penipuan.

Berita berkaitan
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu· Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu· Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
18 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
21 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok