Aktivis dan orang ramai berhimpun di Sogo bagi membantah isu rumah ibadat haram.
Polis menahan beberapa individu di sekitar kompleks beli-belah Sogo malam tadi ketika orang ramai mula berkumpul bagi menyertai himpunan membantah pembinaan rumah ibadat yang didakwa tidak sah.
Antara yang ditahan ialah peguam Haniff Khatri Abdulla, penyelaras himpunan Zamri Vinoth, serta beberapa aktivis lain termasuk Tamim Dahri dan Jamalee Bashah.
Seorang lelaki, wanita dan seorang kanak-kanak yang dipercayai ahli keluarga kepada salah seorang yang ditahan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Menurut laporan Malaysiakini, rakaman video di lokasi menunjukkan seorang peguam mempersoalkan asas undang-undang penahanan tersebut kepada pihak polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, kemudian mengesahkan penahanan Zamri kepada media ketika hadir di lokasi sekitar jam 9 malam.
Polis turut mengarahkan orang ramai bersurai dan menambah kehadiran anggota keselamatan di kawasan berkenaan.
Menurut sumber polis, sehingga jam 9.30 malam seramai 16 individu telah ditahan, termasuk beberapa yang ditahan berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru ketika menuju ke lokasi perhimpunan.
Lebih 100 orang dilaporkan berada di sekitar kawasan tersebut, dengan anggota polis beruniform dan berpakaian biasa melakukan pemantauan, manakala pasukan antirusuhan turut bersiap siaga.
Isu rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kelulusan menjadi perdebatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kumpulan masyarakat sivil dan aktivis tampil menyuarakan kebimbangan terhadap penguatkuasaan undang-undang dan sensitiviti agama.
Setakat malam tadi, tiada pemimpin kanan parti politik utama dilihat hadir walaupun sebelum ini ada yang menyatakan sokongan terhadap himpunan tersebut.
Pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan penuh mengenai kesalahan khusus yang disiasat terhadap individu yang ditahan.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib