Bekas Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad.
Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada bekas Pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad, kekal bebas atau menjalani hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta berhubung kes rasuah RM3 juta, Selasa ini.
Keputusan itu akan dibuat panel tiga hakim diketuai Nordin Hassan selepas mendengar rayuan akhir pihak pendakwaan yang mahu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membebaskan Isa daripada sembilan pertuduhan rasuah.
Jika rayuan tersebut dibenarkan, Isa boleh dihantar ke penjara serta-merta kecuali jika mahkamah memutuskan sebaliknya.
Kes ini telah berlarutan hampir lapan tahun sejak beliau didakwa pada 2018.
Pendakwaan sebelum ini memohon supaya keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021 dikembalikan, di mana Mohd Isa disabitkan bersalah kerana menerima rasuah berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites di Kuching oleh Felda Investment Corporation.
Dalam hujahan, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz menegaskan Mahkamah Rayuan tidak sepatutnya mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata saksi utama kes menyatakan arahan meminta rasuah datang secara langsung daripada Mohd Isa.
“Arahan itu jelas dan menunjukkan penglibatan tertuduh dalam transaksi tersebut,” katanya di mahkamah.
Pendakwaan turut berhujah walaupun tiada saksi melihat penyerahan wang, hanya tiga individu mengetahui urusan itu, sekali gus menguatkan kes mereka.
Sebaliknya, peguam M. Athimulan menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan adalah tepat dan rayuan pendakwaan tidak berasas.
“Tiada kesilapan undang-undang yang memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Pada Mac 2024, Mahkamah Rayuan membebaskan Isa selepas mendapati tiada bukti kukuh termasuk dakwaan penggunaan kod perkataan tertentu yang mengaitkannya dengan rasuah.
Isa sebelum ini didakwa menerima suapan lebih RM3 juta antara Julai 2014 hingga Disember 2015 sebagai balasan membantu kelulusan pembelian hotel bernilai RM160 juta oleh anak syarikat Felda.
Kes ini menjadi perhatian kerana melibatkan institusi Felda yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi peneroka di Malaysia serta sering menjadi tumpuan dalam isu tadbir urus dan integriti sektor awam.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib