Dua aktivis peserta himpunan Garah disiasat bawah Akta Hasutan

February 8, 2026 · Isu semasa

Polis mengesahkan dua individu yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, kini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, penahanan dibuat selepas pihak polis menerima sebanyak 131 laporan awam berkaitan perhimpunan tersebut.

Selain Akta Hasutan, kedua-dua individu itu turut disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Permohonan reman ke atas dua tangkapan ini akan dibuat hari ini di IPD Dang Wangi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Menurut beliau, seramai 17 individu lain turut disiasat di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan sama.

Kesemua mereka terdiri daripada 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun.

Polis menegaskan komitmen untuk mengekalkan keselamatan awam dan memberi amaran bahawa sebarang eksploitasi isu melibatkan agama, kaum dan institusi diraja akan dikenakan tindakan tegas. “Sebarang cubaan mencetuskan provokasi melampau akan disiasat tanpa kompromi,” katanya.

Sebelum ini, laporan media menyatakan dua penyelaras perhimpunan berkenaan ditahan untuk proses reman, manakala individu lain yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Seorang peguam yang turut ditahan mengesahkan perkara itu selepas selesai memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, polis turut menahan tiga individu di Klang Utara berhubung isu sama selepas dipercayai memuat naik kandungan media sosial yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Tangkapan ini berkait dengan paparan media sosial yang kita percaya boleh menggugat keamanan,” kata Fadil.

Tindakan penguatkuasaan itu juga dibuat dengan mengambil kira lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia.

Fadil menjelaskan bahawa kestabilan negara perlu dijaga terutama ketika menerima tetamu negara.

“Menjaga ketenteraman awam adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Berita berkaitan
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
10 jam lalu· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
November 22, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok