Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Lebih 22 juta rakyat Malaysia akan mula menerima kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 melalui MyKad bermula hari ini, melibatkan peruntukan keseluruhan RM2.2 bilion daripada kerajaan.
Kementerian Kewangan memaklumkan bantuan secara one-off itu boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026. Bantuan ini membolehkan isi rumah menerima jumlah lebih tinggi bergantung kepada bilangan ahli dewasa yang layak.
Sebagai contoh, sebuah keluarga dengan empat ahli dewasa boleh menikmati jumlah keseluruhan RM400 kredit SARA, tidak termasuk bantuan SARA bulanan sekiranya layak.
Menurut kementerian, penambahbaikan dibuat selepas mengambil kira maklum balas rakyat bagi memudahkan penggunaan bantuan.
Antaranya termasuk penambahan kategori makanan sejuk beku, menjadikan jumlah kategori barangan asas meningkat kepada 15 kategori.
Penambahan itu turut meningkatkan jumlah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit SARA kepada kira-kira 140,000 jenis barangan.
“Langkah ini diambil untuk memastikan rakyat mempunyai pilihan lebih luas serta memenuhi keperluan harian dengan lebih fleksibel,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, kerajaan turut menyasarkan penyertaan sehingga 10,000 kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA menjelang hujung 2026.
Sasaran ini bertujuan mengurangkan jarak kedai runcit terdekat daripada 10 kilometer kepada 7 kilometer bagi memudahkan akses rakyat.
Program SARA merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu kos sara hidup rakyat sejak diperkenalkan bersama inisiatif bantuan bersasar lain di bawah kerangka ekonomi semasa.
Ia memberi tumpuan kepada pembelian barangan keperluan asas melalui sistem kredit tanpa tunai menggunakan MyKad.
Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan dan maklumat lanjut melalui portal rasmi SARA.
Pada masa sama, Kementerian Kewangan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap penipuan dalam talian.
“Kami tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp. Rujuk hanya portal rasmi untuk maklumat sah,” katanya.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib