Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim menegaskan tiada mana-mana pihak boleh bertindak sendiri di luar kerangka undang-undang, khususnya dalam isu melibatkan rumah ibadat dan sensitiviti agama.
Perdana Menteri berkata Malaysia kekal sebagai negara berasaskan kedaulatan undang-undang dan semua pihak mesti menghormati prinsip itu demi mengekalkan kestabilan negara.
“Negara ini mesti patuh kepada undang-undang dan berlandaskan kedaulatan undang-undang.
“Walaupun wujud pelbagai isu, kontroversi dan perbezaan pandangan, keutamaan kita adalah memastikan kestabilan terpelihara, kesucian agama dihormati dan perpaduan rakyat terus diperkukuh,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina ACCCIM 2026.
Anwar turut menegaskansemua pihak wajib mematuhi undang-undang serta peraturan berkaitan pembinaan rumah ibadat bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama terus terpelihara.
Mengulas isu rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan serta cadangan pembinaan ladang babi yang menjadi perbincangan hangat di Selangor kebelakangan ini, beliau berkata perkara tersebut perlu ditangani secara berhemah dan penuh rasa hormat.
“Kita tahu apa yang dibenarkan dan apa yang tidak. Isu ini mesti ditangani dengan baik dan saling menghormati.
“Jangan menghina Islam sebagai Agama Persekutuan dan majoriti umat Islam, tetapi pada masa sama tidak wajar menghina amalan masyarakat lain,” katanya.
Kerajaan sebelum ini menegaskan sebarang isu berkaitan agama, pembangunan rumah ibadat dan aktiviti penternakan mesti mematuhi undang-undang tempatan serta garis panduan pihak berkuasa bagi mengelakkan ketegangan antara komuniti.
Anwar berkata pendekatan dialog, hormat-menghormati dan pematuhan undang-undang kekal sebagai kunci memastikan keamanan serta kestabilan Malaysia terus terpelihara.
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar