Isu saham Azam: SPRM tolak dakwaan spekulatif, fokus proses undang-undang

February 12, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tidak akan melayan atau mengulas dakwaan berbentuk tohmahan, spekulatif atau perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah, susulan laporan sebuah portal berita antarabangsa yang menyentuh peranan agensi itu.

Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan pihaknya hanya akan memberi keutamaan kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.

Menurut kenyataan itu, laporan media antarabangsa berkenaan didakwa mengandungi tuduhan tidak berasas dan berniat mencemarkan reputasi agensi berkenaan.

“SPRM menegaskan tidak akan mengulas dakwaan berunsur tohmahan dan bersifat spekulatif, serta perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah atau tertakluk kepada proses undang-undang yang sedang berjalan,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut menolak sebarang dakwaan bahawa siasatannya dipengaruhi kepentingan peribadi, sambil menegaskan semua siasatan dijalankan berlandaskan undang-undang, bukti serta prinsip bebas tanpa pilih kasih.

Laporan portal antarabangsa itu mendakwa SPRM memainkan peranan dalam pengambilalihan syarikat besar melalui siasatan yang dijalankan.

Bagaimanapun, SPRM menjelaskan keputusan berkaitan pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara dan sistem kehakiman, selaras prinsip pengasingan kuasa dalam kerangka perundangan Malaysia.

Menurut SPRM, sebarang dakwaan salah laku perlu dinilai melalui sistem perundangan dan bukan melalui naratif media.

“Mana-mana individu atau pihak yang mempunyai bukti berasas dan sahih berkaitan rasuah atau salah laku digesa menyalurkan maklumat melalui saluran sewajarnya supaya tindakan boleh diambil mengikut undang-undang,” menurut kenyataan itu lagi.

Berita berkaitan
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
6 jam lalu· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
11 jam lalu· Isu semasa
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
June 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
5 jam lalu · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
6 jam lalu · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
6 jam lalu · Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
7 jam lalu · Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok