Isu saham Azam Baki: Polis buka kertas siasatan jenayah terhadap Bloomberg

February 14, 2026 · Isu semasa

Bukit Aman memulakan siasatan jenayah terhadap laporan media antarabangsa, Bloomberg susulan artikel yang diterbitkan pada 10 Februari berkaitan dakwaan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, M Kumar berkata siasatan bermula selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat media tersebut dan artikel itu didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Kes masih berjalan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 500 memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, manakala Seksyen 233 membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima tiga laporan polis berhubung artikel dalam talian yang menyentuh isu SPRM dan had pemilikan saham penjawat awam.

Dua laporan mendakwa kandungan artikel mengandungi maklumat palsu yang mencemarkan reputasi agensi itu, manakala satu laporan menyokong penerbitan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata siasatan turut dijalankan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 berkaitan penerbitan berita palsu, namun tidak menyatakan secara spesifik artikel mana yang dirujuk.

Isu pemilikan saham melibatkan Azam sebelum ini pernah mencetuskan perdebatan besar di Malaysia sekitar 2022 apabila timbul persoalan mengenai had pegangan saham penjawat awam dan konflik kepentingan dalam agensi penguatkuasaan.

Kes tersebut mencetuskan perbincangan meluas mengenai integriti institusi antirasuah negara.

Berita berkaitan
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
4 jam lalu· Politik
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
12 jam lalu· Isu semasa
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
2 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
2 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
4 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
3 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok