12 anggota polis ditahan dalam kes rompakan kripto di Kajang

February 19, 2026 · Isu semasa

Seramai 12 anggota polis termasuk pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan kerana disyaki terbabit dalam rompakan mata wang kripto bernilai kira-kira RM200,000 milik sekumpulan warga China dalam satu operasi di Country Heights, Kajang.

Penahanan membabitkan pegawai dan anggota berusia antara 24 hingga 47 tahun itu dibuat dalam beberapa tangkapan bersepadu selama dua hari oleh pasukan khas dari ibu pejabat polis daerah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.

Kes ini tercetus selepas seorang lelaki warga China berusia 31 tahun membuat laporan polis, mendakwa dia dan tujuh rakannya dipaksa memindahkan 50,000 unit mata wang kripto Tether (USDT) ke satu alamat dompet digital sebagai syarat pembebasan mereka.

Mereka sebelum itu diserbu di sebuah banglo dua tingkat yang disewa di kawasan berpagar berkenaan pada 5 Februari lalu.

Menurut sumber, pasukan yang menyerbu memaklumkan operasi itu adalah sebahagian daripada “Op Taring” bagi membanteras sindiket penipuan dalam talian yang dikaitkan dengan rangkaian di Kemboja.

Namun selepas pemeriksaan peranti elektronik dan pasport dilakukan, tiada bukti aktiviti jenayah ditemui.

“Tiada rekod menunjukkan mereka pernah ke Kemboja dan tiada unsur penipuan ditemui dalam peranti yang dirampas,” kata sumber.

Mangsa mendakwa mereka diugut akan ditahan serta dikenakan tindakan imigresen kecuali membayar RM400,000.

Selepas rundingan dengan majikan di China, jumlah itu dikurangkan kepada 50,000 USDT dan transaksi dibuat pada awal pagi sebelum anggota terlibat meninggalkan premis.

Sebelum beredar, kumpulan itu turut diarahkan mengosongkan rumah dalam tempoh dua hari.

Siasatan awal membawa kepada penahanan tujuh anggota daripada unit jenayah komersial dan pencegahan jenayah daerah.

Risikan lanjut kemudian mendedahkan pembabitan lima lagi anggota termasuk empat yang bertugas di unit siber dan forensik digital JSJK Bukit Aman.

Polis turut merampas beberapa telefon bimbit, kad SIM dan dokumen dipercayai berkaitan kes. Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kajang dan Bandar Baru Bangi bagi membantu siasatan termasuk menjejak aliran transaksi kripto berkenaan.

Sumber berkata, siasatan masih diteruskan dan pihak berkuasa memandang serius dakwaan salah guna kuasa membabitkan anggota sendiri.

Berita berkaitan
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
15 jam lalu· Isu semasa
153 laporan polis dibuat terhadap Puad, siasatan dijalankan
June 25, 2026· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
June 25, 2026· Isu semasa
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
15 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
16 jam lalu · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
21 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok