Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendakwa dua tuduhan rasuah yang mengaitkan namanya sebagai satu fitnah terancang oleh pihak yang terdesak, sambil menegaskan tiada sebarang bukti kukuh dikemukakan setakat ini.
Bekas menteri ekonomi itu berkata dirinya menjadi sasaran tuduhan rasuah walaupun tiada bukti aset atau wang setakat ini yang ditunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membabitkan dirinya dengan isu salah guna kuasa.
“Satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita. Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Rafizi merujuk kepada dua isu yang dikaitkan dengannya, iaitu perjanjian kerajaan dengan ARM, syarikat semikonduktor antarabangsa, serta projek loji solar 750 megawatt oleh UEM Lestra.
Dalam kedua-dua kes itu, beliau didakwa terlibat dengan nilai rasuah berjumlah RM3.6 bilion.
Menurutnya, angka berkenaan lebih tinggi berbanding skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sebelum ini mengaitkan bekas perdana menteri, Najib Razak, dengan jumlah sekitar RM2.3 bilion.
Beliau menyifatkan cubaan mengaitkannya dengan nilai sebesar itu sebagai tidak masuk akal dan sengaja dibesar-besarkan bagi membentuk persepsi negatif.
“Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi overkill,” katanya.
Isu berkenaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong dan pemerhati politik, ketika landskap politik negara terus berdepan ketegangan dan persaingan naratif menjelang perkembangan baharu siasatan.
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar