Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong di Seri Negara.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong yang dalam lawatan khas ke Malaysia.
Pertemuan itu berlangsung di Seri Negara di sini dan Anwar turut menganjurkan majlis makan malam sempena lawatan Lawrence Wong.
Sebelum pertemuan empat mata mereka, kedua-dua pemimpin melawat beberapa galeri di bangunan bersejarah itu termasuk “Ruang Merdeka: Galeri Khazanah”.
Turut hadir Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Shahrol Anuwar Sarman dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.
Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan kedua-dua perdana menteri dijangka membincangkan kerjasama dua hala dan isu kepentingan bersama termasuk hasil pemukiman pemimpin pada 4 Disember lepas.
Singapura ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (ASD93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding 2024. – Bernama
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
Mahkamah sekat Papagomo sebar kandungan didakwa memudaratkan
Pelaburan palsu punca kerugian tertinggi penipuan dalam talian
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar