Ringgit cecah RM3.87, paras tertinggi sejak 2018

February 24, 2026 · Isu semasa

Ringgit meneruskan rentak positif apabila dibuka lebih kukuh pada RM3.8790/9010 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Selasa, meningkat daripada RM3.8885/8925 ketika ditutup Isnin lalu.

Ini merupakan paras terkuat sejak 13 April 2018, sekali gus mencerminkan keyakinan pasaran terhadap prestasi ekonomi negara.

Pengukuhan mata wang tempatan dilihat dipacu oleh data makroekonomi Malaysia yang memberangsangkan serta perkembangan berkaitan tarif global yang semakin jelas.

Ringgit juga dilaporkan meningkat 0.31 peratus berbanding dolar AS sejak Isnin, selepas menembusi paras psikologi RM3.90 susulan keputusan Mahkamah Agung AS minggu lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran pertukaran asing kini lebih stabil kerana pelabur sudah mengambil kira faktor-faktor ekonomi semasa.

“Paras sokongan ringgit berbanding dolar AS ketika ini adalah sekitar RM3.8722. Kami melihat pasaran telah menilai data makroekonomi positif Malaysia serta perkembangan tarif mutakhir ini,” katanya.

Beliau menjangkakan ringgit akan diniagakan dalam jajaran semasa dalam tempoh terdekat, namun mengingatkan sentimen global masih dipengaruhi ketidaktentuan dasar perdagangan AS dan perkembangan geopolitik.

Menurutnya, rundingan antara AS dan Iran yang dijadualkan minggu ini serta peningkatan aset ketenteraan AS di Asia Barat telah menolak harga minyak mentah Brent melepasi AS$70 setong sejak beberapa hari lalu.

“Peniaga akan memantau rapat rundingan ini kerana tarikh akhir 10 hingga 15 hari yang ditetapkan Presiden AS, Donald Trump untuk memuktamadkan perjanjian nuklear boleh memberi kesan kepada sentimen pasaran,” jelasnya.

Pada sesi pembukaan, ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain termasuk yen Jepun, euro dan pound Britain.

Mata wang tempatan juga mengukuh berbanding dolar Singapura, baht Thailand, rupiah Indonesia dan peso Filipina.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, prestasi ringgit menunjukkan pemulihan konsisten didorong asas ekonomi domestik yang stabil, pemulihan perdagangan serta harga komoditi yang menyokong.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Malaysia teguh pendirian sokong perdagangan terbuka: Anwar
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok