Bestinet saman RM1 bilion terhadap Malaysiakini, Rafizi dan beberapa pihak lain

February 24, 2026 · Isu semasa

Syarikat teknologi pengurusan pekerja asing, Bestinet Sdn Bhd dan pengasasnya Aminul Islam Abdul Nor memfailkan saman melebihi RM1 bilion terhadap sepuluh organisasi media serta individu, termasuk Malaysiakini, susulan laporan antarabangsa mengenai isu pengambilan pekerja migran.

Tindakan itu berkait dengan artikel diterbitkan oleh Bloomberg pada 23 Januari lalu bertajuk “Everyone gets a cut, and migrant workers pay the price”, yang kemudian dipetik dan diulas beberapa portal tempatan.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Februari, plaintif mendakwa laporan berkenaan menggambarkan mereka terlibat dalam pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram dan rasuah.

“Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu, tidak berasas dan diterbitkan dengan niat jahat,” menurut Aminul dalam afidavitnya.

Beliau turut menyatakan dakwaan itu telah “mencederakan dan menjejaskan dengan serius reputasi” syarikat yang dibina selama 18 tahun serta reputasinya dalam dunia perniagaan.

Selain Bloomberg dan Malaysiakini, defendan lain termasuk The Edge Communications Sdn Bhd, MalaysiaNow, Harapan Daily, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya, bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli serta pempengaruh Iswardy Morni.

Plaintif menuntut RM500 juta ganti rugi khas daripada setiap entiti Bloomberg dan RM5 juta daripada setiap defendan lain, selain ganti rugi am, teruk dan teladan.

Bagaimanapun, permohonan injunksi interim untuk menghalang penerbitan lanjut ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Roslan Mat Nor tanpa kos.

Dalam penghakiman bertulisnya, beliau menyatakan isu dibangkitkan menyentuh kepentingan awam berkaitan pengambilan pekerja migran.

“Jika perintah injunksi interim diberikan, ia akan menghalang defendan daripada mengutarakan pandangan mengenai isu kepentingan awam tersebut,” katanya, sambil menegaskan kebebasan bersuara tetap tertakluk kepada undang-undang.

Artikel Bloomberg sebelum ini menyorot dakwaan pekerja Bangladesh terpaksa membayar yuran tinggi untuk bekerja di Malaysia, dan mengaitkannya dengan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan sejak 2015.

Isu itu turut mencetuskan perbahasan awam mengenai ketelusan dan tadbir urus sistem pengambilan pekerja asing negara ini.

Berita berkaitan
Dua lelaki gagal cabar keputusan kerajaan mansuh subsidi diesel
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC saman Google RM600 juta isu kandungan berbahaya di YouTube
8 jam lalu· Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
21 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
November 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
2 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok