Fahmi sifatkan insiden tembakan pegawai AKPS membimbangkan, hargai keberanian

February 26, 2026 · Isu semasa

Keberanian anggota penguat kuasa yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi keselamatan negara wajar dihargai, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil susulan insiden tembakan melibatkan Komander Agensi Perlindungan dan Kawalan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam.

Beliau berkata pasukan penguat kuasa sering berdepan ancaman terhadap diri dan keluarga ketika menjalankan tugas membanteras jenayah rentas sempadan, namun tetap komited mempertahankan keselamatan negara.

“Mereka bukan sahaja berdepan risiko ketika bertugas, malah keselamatan keluarga juga boleh terancam. Keberanian seperti ini memang wajar kita hargai,” katanya kepada media ketika melakukan tinjauan di Bazar Ramadan Pantai Dalam hari ini.

Fahmi turut menggesa rakyat Malaysia supaya terus memberikan sokongan padu kepada semua agensi penguat kuasa yang melaksanakan amanah mereka.

“Saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Komander AKPS Bukit Kayu Hitam kerana tegas dalam tindakan beliau,” katanya.

Insiden yang berlaku semalam menyaksikan Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin M Nasir, terselamat selepas kenderaan Proton X70 yang dipandunya ditembak oleh dua individu tidak dikenali yang menaiki motosikal.

Tembakan itu bagaimanapun tidak mencederakan beliau.

AKPS yang ditubuhkan bagi memperkukuh kawalan dan keselamatan sempadan negara memainkan peranan penting dalam mengekang aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas negara, khususnya di pintu masuk utama seperti Bukit Kayu Hitam yang bersempadan dengan Thailand.

Di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan suspek yang dipercayai melepaskan tembakan berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.

Menurutnya, proses soal siasat sedang dijalankan bagi membantu siasatan lanjut.

Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas di barisan hadapan.

Pada masa sama, tindakan pantas pihak berkuasa menahan suspek dilihat sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan keselamatan pegawai dan rakyat terus terpelihara.

Berita berkaitan
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
2 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
7 jam lalu · Isu semasa
Dua lelaki gagal cabar keputusan kerajaan mansuh subsidi diesel
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok