Laporan isu saham Azam siap minggu depan, Kabinet teliti keperluan RCI: Fahmi

February 27, 2026 · Isu semasa

Laporan siasatan berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, dijangka diserahkan kepada Jemaah Menteri minggu depan.

Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata, Kabinet akan meneliti hasil dapatan Jawatankuasa Khas itu sebelum memutuskan langkah seterusnya, termasuk mempertimbang keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Isu ini dipandang serius oleh Jemaah Menteri. Kita akan meneliti laporan jawatankuasa dan mempertimbang tindakan susulan, termasuk keperluan pelaksanaan RCI,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau turut memaklumkan laporan polis berhubung dakwaan salah guna institusi SPRM bagi tujuan manfaat korporat sudah dibuat.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jika wujud pelanggaran undang-undang.

“PDRM sedang menjalankan siasatan segera untuk memastikan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang akan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Isu ini tercetus susulan laporan media antarabangsa yang mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Perkembangan itu mencetuskan perdebatan awam mengenai integriti dan tadbir urus, memandangkan SPRM merupakan agensi utama negara dalam memerangi rasuah.

Bagi menangani isu tersebut, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, dengan keanggotaan turut melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican.

Azam sebelum ini menegaskan pegangan saham bernilai kira-kira RM800,000 itu dibuat secara telus dan mematuhi prosedur.

Beliau juga telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Keputusan Kabinet minggu depan dijangka menjadi penentu sama ada isu ini berakhir dengan tindakan pentadbiran biasa atau membawa kepada penubuhan RCI, satu mekanisme siasatan bebas yang lazimnya digunakan bagi kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

 

Berita berkaitan
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
3 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
6 jam lalu· Isu semasa
Dari permainan ke aplikasi sembang, bagaimana pemangsa memperdaya kanak-kanak
9 jam lalu· Rencana
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
November 25, 2026 · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
November 25, 2026 · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
5 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
19 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok