Kes mahkamah profil tinggi minggu depan: Najib, Rosmah, Zizie Izette dan Guan Eng

March 1, 2026 · Isu semasa

Minggu depan dijangka hangat apabila beberapa kes berprofil tinggi melibatkan tokoh politik dan figura terkenal kembali menjadi tumpuan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur serta Istana Kehakiman, Putrajaya.

Isnin ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk membatalkan saman pemula yang difailkan oleh bekas menteri, P. Waytha Moorthy.

Saman itu mencabar keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Tambun pada 24 November 2022.

Waytha Moorthy memohon perisytiharan pelantikan tersebut adalah tidak berperlembagaan dan terbatal.

Pada Oktober tahun lalu, Anwar memfailkan permohonan membatalkan saman berkenaan dengan alasan ia melanggar pelbagai prosedur perlembagaan dan peruntukan undang-undang.

Kes ini menjadi perhatian kerana ia menyentuh isu asas perlembagaan dan kestabilan politik negara pasca Pilihan Raya Umum ke-15.

Pada petang hari sama, Mahkamah Tinggi turut menyambung perbicaraan saman difailkan oleh SRC International Sdn Bhd dan Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, bagi menuntut semula RM42 juta yang didakwa diseleweng.

Sebelum ini, saksi memberitahu mahkamah bahawa keluarga diraja Arab Saudi berhasrat menyalurkan sumbangan dana melalui akaun peribadi Najib.

“Hasrat itu dimaklumkan sendiri dalam satu pertemuan tidak rasmi di Riyadh,” kata saksi berkenaan.

Selasa pula menyaksikan perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, diteruskan di Mahkamah Sesyen.

Seorang ahli perniagaan minggu lalu mendakwa wang RM1 juta diserahkan kepada Guan Eng di sebuah lokasi di Publika, namun mengakui tidak mengingati tempat tepat.

“Saya tidak pasti lokasi sebenar penyerahan,” katanya di mahkamah.

Pada hari sama, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan akhir Rosmah Mansor berhubung permohonannya menyingkirkan hakim yang mensabitkannya dalam kes rasuah projek solar hibrid.

Terdahulu, beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM1.25 bilion.

Khamis ini pula, Mahkamah Sesyen menetapkan prosiding kes pelakon Zizie Izette yang berdepan tiga pertuduhan bersubahat rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Difahamkan, beliau telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara agar pertuduhan itu digugurkan, beberapa minggu selepas kematian suaminya, bekas ahli politik Bung Moktar Radin.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Rosmah: Peguam Harith Iskander mohon tarik diri
November 13, 2026· Isu semasa
Tahanan rumah Najib: Badan Peguam fail semakan kehakiman cabar keputusan
November 12, 2026· Politik
Saifuddin: Biar mahkamah tentukan nasib tahanan rumah Najib
November 9, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok