Pelajar UMPSA bakal didakwa kes hina al-Quran

March 1, 2026 · Isu semasa

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina Islam dijangka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Menurut laporan BH, kertas siasatan kes berkenaan sudah berada di peringkat akhir dan pertuduhan dijangka dibuat tidak lama lagi.

Pelajar tersebut ditahan awal minggu ini bagi membantu siasatan selepas satu hantaran di media sosial Threads memaparkan gambar al-Quran dipijak, sekali gus mengundang kemarahan ramai.

Perkongsian itu tular dengan pantas dan menerima kecaman meluas daripada pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai tindakan provokatif serta menyentuh sensitiviti agama.

Susulan itu, pihak polis mengambil tindakan menahan pelajar terbabit untuk siasatan lanjut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut merakam keterangan individu berkenaan.

Dalam satu kenyataan, MCMC menegaskan siasatan dijalankan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan tersebut dipercayai berpotensi “menghasut kebencian, mencetuskan ketegangan awam dan mengganggu keharmonian negara.”

Jika sabit kesalahan, pelajar itu boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Sebarang kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan perpaduan negara boleh membawa implikasi undang-undang,” menurut kenyataan itu lagi.

Kes berkenaan kini menjadi peringatan bahawa kebebasan bersuara di ruang digital tetap tertakluk kepada undang-undang serta tanggungjawab menjaga keamanan dan keharmonian bersama.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
21 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
22 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
November 23, 2026· Politik
Lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
2 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok