Dua peluru berpandu Iran hentam pangkalan AS di Qatar

March 4, 2026 · Isu semasa

Ketegangan di Asia Barat kembali memuncak apabila dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan Iran menyasarkan Pangkalan Al-Udeid di Qatar, pangkalan tentera terbesar Amerika Syarikat (AS) di rantau itu.

Kementerian Pertahanan Qatar mengesahkan insiden tersebut berlaku pada Selasa.

Dalam kenyataan rasmi, kementerian itu memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara berjaya memintas satu daripada peluru berpandu berkenaan, manakala satu lagi mengenai kawasan pangkalan tanpa mengakibatkan sebarang korban jiwa.

“Sistem pertahanan udara kami berjaya memintas satu peluru berpandu, manakala peluru berpandu kedua mengenai Pangkalan Al-Udeid tanpa menyebabkan kemalangan jiwa,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak memperincikan lokasi tepat impak atau tahap kerosakan yang mungkin berlaku.

Pangkalan Udara Al Udeid terletak di pinggir Doha dan turut digunakan oleh tentera Qatar serta Britain.

Pangkalan ini menempatkan kira-kira 10,000 anggota tentera dan kakitangan awam, selain berfungsi sebagai pusat arahan utama operasi ketenteraan AS di Asia Barat.

Serangan terbaharu ini dilihat sebagai kesinambungan ketegangan antara Tehran dan Washington.

Tahun lalu, Iran turut melancarkan serangan ke atas pangkalan sama sebagai tindak balas terhadap pengeboman kemudahan nuklearnya oleh AS.

Tentera Iran dalam kenyataan berasingan memaklumkan tindakan itu dibuat sebagai respons terhadap serangan bersama AS dan Israel di beberapa lokasi di Iran pada Sabtu lalu.

“Serangan ini adalah reaksi terhadap pencerobohan yang dilakukan ke atas wilayah kami,” menurut kenyataan pihak tentera Iran.

United States Central Command yang menyelia operasi ketenteraan AS di Timur Tengah beribu pejabat di Tampa, Florida, manakala Al-Udeid menjadi tulang belakang kehadiran strategik Washington di rantau tersebut.

Berita berkaitan
Kapal kedua lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini: Fahmi
April 20, 2026· Isu semasa
Harga minyak dunia sukar turun pada masa terdekat: Menteri Ekonomi
4 jam lalu· Isu semasa
Pelabur terus yakin ekonomi Malaysia kukuh: Anwar
4 jam lalu· Isu semasa
Harga minyak dunia naik selepas ketegangan di Selat Hormuz memuncak
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tsunami pertama landa Pantai Iwate selepas gempa kuat di Jepun
April 20, 2026 · Isu semasa
Kes rasuah terowong: Pendakwaan mohon pindaan pertuduhan terhadap Guan Eng
4 jam lalu · Isu semasa
Kempen Internet Selamat diperluas guna pendekatan rakan sebaya
4 jam lalu · Isu semasa
Pengukuhan ringgit cerminan asas ekonomi negara yang kuat: PMX
6 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor cadang tangguh SUKMA 2026 ekoran krisis dilanda negara
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok