MCMC siasat satu lagi akaun FB didakwa hina al-Quran

March 11, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap sebuah akaun media sosial yang dipercayai memuat naik visual memaparkan tindakan seorang individu memijak al-Quran di platform Threads dan Facebook.

Menurut kenyataan MCMC, perbuatan berkenaan disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam dan berpotensi mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“MCMC memandang serius penyebaran kandungan seumpama ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu.

Semakan awal mendapati hantaran asal yang memaparkan insiden berkenaan sudah dipadam, manakala akaun yang dipercayai menggunakan nama Dickie Borneo juga tidak lagi dapat dikesan.

Walaupun begitu, MCMC memaklumkan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti individu sebenar di sebalik akaun tersebut.

Menurut MCMC, pemantauan lanjut turut menemukan beberapa hantaran lain yang dipercayai mengandungi unsur penghinaan agama dalam sebuah kumpulan media sosial dan berkemungkinan berkait dengan individu sama.

“Semua kandungan berkaitan sudah diambil sebagai bahan bukti bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Dalam usaha menjejak pemilik akaun terbabit, MCMC turut bekerjasama dengan penyedia platform media sosial untuk mendapatkan maklumat berkaitan identiti pengguna.

Pada masa sama, siasatan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan undang-undang dapat diambil dengan segera jika terdapat kesalahan.

MCMC juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan semula kandungan sensitif yang boleh menimbulkan provokasi atau mengganggu ketenteraman masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi semula kandungan sedemikian kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dan menjejaskan keharmonian negara,” jelasnya.

MCMC menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kandungan yang menghina agama, menghasut kebencian atau menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.

“Tindakan tegas boleh dikenakan di bawah undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu lagi.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu· Isu semasa
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
9 jam lalu· Politik
Soalan-Soalan Lazim (FAQ): Apakah itu MySiren?
November 23, 2026· Rencana
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok