Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat

March 13, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak negara kekal stabil ketika ini walaupun dunia berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat, sambil meneruskan usaha mendapatkan sumber bekalan baharu bagi memastikan keperluan rakyat tidak terjejas.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan melalui Petroliam Nasional Berhad dan syarikat minyak lain sedang mempergiat usaha mencari bekalan tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berkaitan bekalan minyak kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu.

“Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, Malaysia masih mempunyai bekalan minyak yang mencukupi buat masa ini. Namun itu tidak bermakna kerajaan berdiam diri,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri hari ini.

Menurut beliau, usaha mendapatkan sumber bekalan baharu sedang dijalankan secara berterusan bagi menggantikan minyak yang digunakan dalam negara.

“Kita terus berusaha mendapatkan bekalan tambahan melalui Petronas dan juga syarikat minyak lain supaya jaminan bekalan kepada rakyat dapat dipanjangkan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Amir Hamzah berkata prestasi ekonomi negara yang kukuh pada tahun lalu memberi asas positif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini walaupun berdepan cabaran global.

Menurutnya, pertumbuhan ekonomi negara pada 2025 melepasi sasaran kerajaan sekali gus menunjukkan asas ekonomi yang terus teguh.

“Pada suku keempat 2025, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 6.3 peratus manakala keseluruhan tahun merekodkan 5.2 peratus. Ia dipacu oleh pembaharuan ekonomi, peningkatan pelaburan domestik dan perbelanjaan dalam negara,” katanya.

Tambah beliau, momentum pertumbuhan itu dijangka berterusan pada tahun ini.

“Ekonomi Malaysia kembali rancak dan kita memulakan tahun ini dengan kedudukan yang lebih stabil serta lebih kukuh berbanding sebelum ini,” katanya.

Konflik berpanjangan di Asia Barat sejak beberapa bulan lalu menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan bekalan tenaga global, termasuk kemungkinan gangguan rantaian bekalan minyak.

Namun Malaysia, sebagai negara pengeluar minyak dan gas melalui Petronas, masih mempunyai keupayaan untuk menampung keperluan domestik sambil mengekalkan usaha mempelbagaikan sumber bekalan.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Malaysia teguh pendirian sokong perdagangan terbuka: Anwar
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok