Fitnah program KPM di Gereja: Fadhlina minta penyebar tampil mohon maaf

March 14, 2026 · Isu semasa

Fadhlina Sidek menggesa pihak yang menyebarkan dakwaan palsu satu program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diadakan di dalam gereja supaya tampil memohon maaf secara terbuka.

Menteri Pendidikan itu berkata, tuduhan yang tular di media sosial itu merupakan satu fitnah berniat jahat yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat serta berpotensi menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.

Menurutnya, kementerian memandang serius perkara itu terutama kerana ia berlaku pada bulan Ramadan, ketika masyarakat sepatutnya mengekalkan suasana harmoni dan saling menghormati.

“Kita menerima aduan mengenai satu kenyataan fitnah yang mendakwa sesi libat urus bersama pemegang taruh prasekolah swasta diadakan di gereja, sedangkan sebenarnya program itu berlangsung di dewan sebuah sekolah antarabangsa,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Madani Ihya Ramadan KPM.

Tambah beliau, penyebaran maklumat tidak tepat yang menyentuh sensitiviti agama tidak boleh dipandang ringan.

“Ini bulan Ramadan dan apa sahaja fitnah atau berita yang cuba menggugat keharmonian serta membangkitkan kemarahan dan salah faham dalam masyarakat tidak boleh dibiarkan,” katanya lagi.

Fadhlina turut menegaskan akan mengambil pendekatan tegas bagi mengelakkan isu berkenaan disalah tafsir sehingga mencetuskan ketegangan agama atau kaum.

“Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan ketegangan agama atau kaum. Oleh itu, saya minta pihak yang membuat fitnah itu tampil memohon maaf kerana dakwaan tersebut sangat jahat,” katanya.

Terdahulu, satu hantaran di media sosial tular dengan dakwaan bahawa KPM mengadakan sesi libat urus dengan pengusaha tadika swasta di sebuah gereja.

Bagaimanapun, KPM segera menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa program itu sebenarnya diadakan di dewan Assumption International Secondary School.

Menurut kementerian, pemilihan lokasi berkenaan dibuat kerana kemudahan dan fasiliti yang sesuai selain memberi ruang kepada sekolah antarabangsa sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan swasta di negara ini.

Isu berkenaan mencetuskan perbincangan di media sosial sebelum penjelasan rasmi dikeluarkan oleh kementerian bagi memperbetulkan maklumat yang tersebar.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu· Isu semasa
Pelajar maut selamat dikebumikan, Fadhlina hadir beri sokongan kepada keluarga: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
Pelajar maut di Ipoh, KPM tidak kompromi jika wujud kecuaian
November 19, 2026· Isu semasa
880 calon guru simpanan bakal terima surat lantikan sebelum 14 Disember
November 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
8 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok