PRIME dibangun MCMC akan diguna semasa bencana dan sebagai hab digital: Fahmi

June 16, 2025 · Isu semasa

Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak atau “PRIME” yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan digunakan untuk memperkasa keupayaan komunikasi negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata PRIME merupakan sistem sokongan strategik untuk memastikan keupayaan komunikasi semasa operasi dapat diteruskan khususnya semasa berdepan bencana alam dan amat diperlukan untuk membantu melancarkan perjalanan kerja-kerja menyelamat.

“Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita telah menyaksikan peningkatan kejadian krisis dan bencana — sama ada bencana semula jadi seperti banjir dan tanah runtuh — yang banyak dipengaruhi oleh kesan perubahan iklim global, mahupun bencana buatan seperti kebakaran atau gangguan teknikal.

“Situasi ini kadang kala turut menjejaskan perkhidmatan komunikasi, sedangkan pada saat-saat itulah komunikasi adalah paling kritikal.

“Maka, PRIME telah dibangunkan sebagai sistem sokongan strategik untuk memastikan keupayaan komunikasi semasa operasi dapat diteruskan. PRIME merupakan sistem komunikasi bersepadu yang direka khusus untuk menyokong operasi bantuan oleh MCMC serta pasukan penyelamat ketika situasi kecemasan dan bencana,” katanya semasa majlis perasmian di ibu pejabat MCMC hari ini.

Fahmi juga berkata PRIME akan dilengkapi dengan teknologi dan kelengkapan komunikasi terkini untuk digunakan di lapangan.

“PRIME bukan sekadar sebuah kenderaan. PRIME merupakan sistem komunikasi bersepadu bergerak yang menggabungkan pelbagai teknologi seperti satelit, selular, radio mudah alih, Wi-Fi dan dron.

“PRIME berkeupayaan menyediakan ketersambungan komunikasi yang boleh dipercayai dan fleksibel mengikut keperluan operasi di lokasi yang mencabar,” ujarnya lagi.

Lebih menarik, Fahmi berkata sistem yang digunakan tersebut akan menjamin sistem telekomunikasi tidak terjejas semasa operasi pasukan penyelamat berjalan di tempat bencana atau krisis.

“Dalam keadaan liputan komunikasi sedia ada yang terganggu atau terbatas, PRIME membolehkan komunikasi kritikal diteruskan bagi tujuan koordinasi penyelamatan, pengurusan bantuan dan penyampaian maklumat bersama agensi-agensi terlibat.

“Hal ini amat penting bagi memastikan tindak balas pantas dan berkesan dapat dilaksana, walaupun termasuk di kawasan terpencil atau sukar liputan,” katanya.

Untuk rekod, MCMC membangunkan sebanyak tiga unit PRIME yang akan disiapkan secara berperingkat sepanjang tahun 2025.

Unit pertama yang dilancarkan pada hari ini ditempatkan di Ibu Pejabat MCMC dan berperanan menyokong pelaksanaan operasi di Semenanjung
Malaysia.

Manakala, unit kedua dan ketiga dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2025, dan akan ditempatkan masing-masing di Pejabat MCMC Sabah dan Sarawak bagi memastikan liputan dan kesiapsiagaan di wilayah Malaysia Timur turut diperkukuh secara menyeluruh.

Berita berkaitan
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
8 jam lalu· Isu semasa
MCMC saman Google RM600 juta isu kandungan berbahaya di YouTube
8 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
7 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok