Cuti tambahan sempena Aidilfitri diumum kerajaan

March 15, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini sebagai penghargaan kepada rakyat yang bekerja keras sepanjang bulan Ramadan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, penetapan tarikh cuti tambahan itu bergantung kepada pengisytiharan rasmi tarikh 1 Syawal kelak.

Menurutnya, sekiranya Aidilfitri disambut pada Jumaat, 20 Mac, kerajaan akan menetapkan Isnin, 23 Mac sebagai cuti tambahan. Namun jika hari raya jatuh pada Sabtu, 21 Mac, cuti tambahan akan diberikan pada Jumaat, 20 Mac.

“Kalau hari raya jatuh pada Jumaat, maka Isnin kita beri cuti tambahan. Sebaliknya, kalau jatuh pada Sabtu, cuti tambahan ialah pada Jumaat,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Kota Kinabalu.

Beliau berkata keputusan mengumumkan cuti tambahan lebih awal dibuat bagi memudahkan rakyat merancang perjalanan pulang ke kampung serta sambutan Aidilfitri bersama keluarga.

“Kita beri cuti Aidilfitri ini kerana lihat semua sudah kerja kuat pada bulan Ramadan ini. Raikan Aidilfitri dengan penuh ceria bersama keluarga tercinta,” katanya.

Pada majlis sama, kerajaan turut mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri selama 15 hari bermula 14 Mac.

Tempoh itu merangkumi tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas Aidilfitri bagi memastikan harga barangan keperluan kekal stabil.

Anwar berkata skim tersebut akan melibatkan pelbagai barangan keperluan yang dikawal mengikut lokasi, dengan 24 jenis barangan di Semenanjung, 23 di Sabah dan Sarawak, serta 22 barangan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Langkah kawalan harga musim perayaan merupakan inisiatif tahunan kerajaan yang dilaksanakan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga barangan secara mendadak menjelang sambutan utama seperti Aidilfitri.

Sementara itu, Anwar turut mengakui terdapat cabaran kenaikan harga bagi cili merah susulan gangguan bekalan akibat banjir besar yang melanda negara pengeksport utama, Thailand.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna agar mempertimbangkan penggunaan cili kering sebagai alternatif sementara pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memperincikan senarai barangan kawalan bagi musim perayaan kali ini.

Berita berkaitan
Utusan Malaysia, Kosmo! rombak operasi, hampir 100 pekerja bercuti berbayar
3 jam lalu· Isu semasa
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
15 jam lalu· Politik
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
23 jam lalu· Isu semasa
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
November 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
2 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
2 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
2 jam lalu · Isu semasa
Derma palsu guna visual AI, orang ramai diminta berwaspada
2 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok