40% hasil Sabah: Anwar tegaskan komitmen kerajaan tunai tuntutan

March 16, 2026 · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan menegaskan komitmen untuk menunaikan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, kerajaan tidak akan membuat rayuan berhubung perkara itu dan menganggap isu tersebut sudah muktamad, namun perincian pelaksanaannya masih perlu dibincangkan secara menyeluruh bagi memastikan mekanisme terbaik dapat dilaksanakan demi kepentingan Sabah.

“Kita tidak merayu kes 40 peratus hasil Sabah dan perkara itu sudah muktamad. Bagi pihak kerajaan, kami telah beri jaminan bahawa ini adalah komitmen yang tegas dan keputusan dasar kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani 2026 Peringkat Negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata komitmen itu turut dibincangkan secara rasmi melalui pertemuan antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican yang mewakili kerajaan Persekutuan, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Safar Untong bagi memperincikan mekanisme pelaksanaannya.

“Saya telah nyatakan dalam Kabinet dan Parlimen bahawa tiada rundingan untuk menafikan hak ini. Kerajaan komited menunaikan komitmen 40 peratus kepada rakyat Sabah,” katanya.

Tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah merupakan isu lama yang berkait rapat dengan hak negeri di bawah MA63. Pada 17 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk menyemak dan membayar semula hak tuntutan berkenaan kepada Sabah.

Anwar berkata perbincangan kini tertumpu kepada kaedah pelaksanaan selepas wujudnya komitmen interim antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sejak penghujung 2022 dan diteruskan selepas pentadbiran kerajaan Madani mengambil alih.

“Bagi saya, isu ini bukan lagi soal sama ada hendak laksana atau tidak. Soalnya sekarang adalah bagaimana kita melaksanakannya dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menekankan kepentingan pembangunan kemudahan asas untuk peniaga kecil seperti restoran, gerai dan warung yang menurutnya memainkan peranan penting dalam ekonomi tempatan.

“Gerai kecil ini menarik kira-kira 85 peratus pelanggan, tetapi kadangkala perancangan pembangunan mengabaikan keperluan mereka sehingga keadaannya daif. Kita perlu ubah pendekatan supaya kemudahan ini lebih selesa untuk rakyat dan juga pelancong,” katanya.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
8 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
20 jam lalu· Politik
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
November 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
16 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok