Bekalan elektrik negara kekal stabil meski berdepan krisis Asia Barat: Fadillah

March 16, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan bahawa sistem bekalan elektrik negara kekal stabil dan terjamin walaupun pasaran tenaga global ketika ini terkesan akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang memantau secara rapi situasi semasa, khususnya selepas Iran menutup laluan strategik Teluk Hormuz pada 2 Mac 2026 yang menjejaskan perdagangan tenaga dunia.

Menurut beliau, perkembangan tersebut setakat ini tidak menjejaskan keupayaan negara untuk mengekalkan bekalan elektrik yang mencukupi.

“Sebahagian besar sistem penjanaan elektrik di Semenanjung menggunakan sekitar 40 hingga 45 peratus gas asli sebagai bahan api utama dan majoriti bekalan itu diperoleh daripada sumber domestik di Kerteh serta Kawasan Pembangunan Bersama Thailand–Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bekalan gas dalam negara kekal stabil dan mencukupi bagi menampung operasi loji jana kuasa, sekali gus memastikan sistem tenaga negara terus berfungsi seperti biasa.

Mengulas isu tarif elektrik, Fadillah menjelaskan kerajaan kekal komited melindungi pengguna daripada kesan kenaikan kos bahan api global melalui kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) dari 2025 hingga 2027.

Melalui mekanisme tersebut, perubahan kos bahan api seperti gas dan arang batu akan diselaraskan setiap bulan melalui mekanisme penyelarasan automatik bahan api (AFA) berdasarkan harga sebenar di pasaran.

“Pada masa ini pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt jam sebulan dikecualikan sepenuhnya daripada pelarasan kos bahan api. Ini bermakna kira-kira 85 peratus pengguna domestik tidak akan terjejas dengan turun naik harga tenaga global,” katanya.

Berdasarkan perkembangan semasa, kadar AFA dijangka kekal dalam bentuk rebat sekurang-kurangnya sehingga April 2026. Namun, beliau tidak menolak kemungkinan perubahan sekiranya harga bahan api global terus meningkat dan konflik di Asia Barat berlarutan.

Sejak Julai 2025, kerajaan telah menyalurkan subsidi berjumlah RM2.506 bilion kepada pengguna melalui rebat bil elektrik bagi membantu mengurangkan beban kos tenaga.

Menurut Fadillah, kerajaan juga sedang menilai langkah mitigasi tambahan sekiranya situasi geopolitik tersebut memberi tekanan lebih besar kepada kos bahan api.

“Kerajaan akan terus memastikan keseimbangan antara keterjaminan tenaga negara dan kemampuan pengguna supaya tarif elektrik kekal pada tahap munasabah,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai turut digalakkan mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah kerana amalan penjimatan tenaga bukan sahaja mengurangkan bil bulanan, malah membantu memperkukuh kelestarian sistem tenaga negara.

Berita berkaitan
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
June 25, 2026· Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
5 jam lalu· Isu semasa
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
20 jam lalu· Politik
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
5 jam lalu · Isu semasa
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
22 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
23 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok