Sebanyak 866 inisiatif pengukuhan rangkaian dilaksanakan di seluruh negara bagi menampung lonjakan penggunaan, terutama ketika musim balik kampung.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama syarikat telekomunikasi mengambil langkah proaktif bagi memastikan rangkaian komunikasi kekal stabil dan lancar sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Sejak awal Mac, sebanyak 866 inisiatif pengukuhan rangkaian dilaksanakan di seluruh negara bagi menampung lonjakan penggunaan, terutama ketika musim balik kampung.
Usaha ini merangkumi kerja pengoptimuman liputan dan kapasiti, pengaktifan serta modenisasi rangkaian 5G, selain penyediaan solusi sementara seperti stesen pemancar mudah alih di kawasan tumpuan.
Menurut MCMC, langkah tersebut memfokuskan lokasi berisiko tinggi mengalami kesesakan rangkaian seperti lebuh raya utama, kawasan Rehat dan Rawat (R&R), destinasi pelancongan dan kawasan berkepadatan tinggi.
“Kami mahu memastikan orang ramai boleh membuat panggilan, menghantar mesej, melayari internet dan berhubung melalui video tanpa gangguan, terutama pada waktu penting seperti Aidilfitri,” kata kenyataan itu.
Telco turut diarahkan memantau prestasi rangkaian secara berterusan dan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku gangguan.
Pada masa sama, MCMC akan menyelaras pemantauan melalui pejabat negeri serta menjalankan pemeriksaan lapangan di lokasi kritikal.
Inisiatif ini hadir susulan peningkatan ketara penggunaan data dan panggilan setiap kali musim perayaan, apabila jutaan rakyat pulang ke kampung halaman dan bergantung kepada rangkaian digital untuk kekal berhubung dengan keluarga.
Beberapa tahun kebelakangan ini, keperluan komunikasi turut meningkat dengan penggunaan aplikasi video dan transaksi dalam talian.
Orang ramai yang berdepan masalah rangkaian disaran menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing atau membuat aduan melalui portal rasmi MCMC bagi membolehkan tindakan segera diambil.
“MCMC kekal komited memastikan rakyat menikmati perkhidmatan komunikasi yang selamat dan berkualiti, khususnya ketika saat bermakna bersama keluarga,” menurut kenyataan itu lagi.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib