Cuaca panas melampau: Penduduk kedah diminta kurangkan aktiviti luar

March 23, 2026 · Isu semasa

Penduduk di Kedah dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar rumah termasuk kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri susulan cuaca panas melampau yang sedang melanda negeri itu ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, keadaan cuaca di negeri itu lebih panas berbanding kawasan lain berikutan ketiadaan hujan melebihi sebulan.

Menurut beliau, data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan daerah Padang Terap kini berada pada tahap dua gelombang haba dengan suhu mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius.

“Cuaca di Kedah panas berbanding negeri lain kerana kita tidak menerima hujan dalam tempoh lebih sebulan. Jadi, orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar rumah termasuk kunjung-mengunjung Aidilfitri atau aktiviti riadah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan risiko kesihatan seperti strok haba yang boleh berlaku akibat pendedahan berpanjangan kepada suhu tinggi.

“Saya bimbang orang ramai terdedah kepada suhu tinggi hingga boleh menyebabkan strok haba. Minum air kosong dengan banyak untuk kekal hidrasi dan elakkan minuman manis kerana ia boleh menyebabkan kita lebih cepat haus,” katanya lagi.

Beliau juga berkata kepentingan mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan cuaca kering dan panas.

“Jangan lakukan pembakaran sampah secara tidak terkawal kerana cuaca kering boleh menyebabkan api merebak dengan cepat,” ujarnya.

Selain itu, Mansor turut menekankan isu bekalan air yang semakin meruncing apabila paras sungai dan empangan menunjukkan trend penurunan.

“Ada kawasan berdepan masalah kekurangan air. Orang ramai perlu berjimat, simpan air secukupnya dan gunakan mengikut keperluan kerana ia penting untuk kelangsungan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga, termasuk beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu.

Fenomena cuaca panas ini dijangka berterusan dalam tempoh terdekat, sekali gus menuntut orang ramai agar lebih peka terhadap langkah keselamatan dan kesihatan diri.

Berita berkaitan
MetMalaysia ramal ribut petir, hujan dan jerebu pada 31 Ogos: Bernama
August 28, 2026· Isu semasa
Gempa 3.4 magnitud gegar Temenggor
August 28, 2026· Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
August 25, 2026· Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
7 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
14 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok