Malaysia mahu gencatan senjata turut libatkan Lubnan: PMX

March 26, 2026 · Isu semasa

Malaysia menggesa supaya gencatan senjata di Asia Barat diperluaskan bagi merangkumi Lubnan susulan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di negara itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata perkara tersebut disuarakan dalam perbualan telefon bersama rakan sejawatnya dari Lubnan, Nawaf Salam.

Menurut beliau, keadaan di Lubnan kini sangat membimbangkan dengan kira-kira sejuta penduduk hilang tempat tinggal dan lebih 1,000 nyawa terkorban akibat konflik berterusan.

“Saya menegaskan sokongan Malaysia terhadap kedaulatan Lubnan, mengutuk serangan ke atas infrastruktur awam serta menyeru semua pihak untuk meredakan ketegangan dan kembali kepada dialog,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar turut menyentuh keperluan mendesak untuk menangani situasi kemanusiaan yang semakin kritikal, selain menekankan kepentingan usaha diplomatik bagi mengelakkan konflik terus berlarutan.

Dalam perbualan itu, beliau juga menyampaikan ucapan Aidilfitri serta merakamkan penghargaan terhadap kerajaan Lubnan atas sokongan mereka dalam menjaga keselamatan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang berkhidmat di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Mengakhiri perbualan, saya menzahirkan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Lubnan dan rakan antarabangsa dalam memulihkan keamanan dan kestabilan serantau,” katanya.

Konflik di selatan Lubnan kembali memuncak sejak awal Mac lalu selepas serangan rentas sempadan oleh kumpulan Hizbullah, yang mencetuskan tindak balas ketenteraan oleh Israel melalui serangan udara dan operasi darat.

Menurut pihak berkuasa Lubnan, sekurang-kurangnya 1,039 orang terbunuh manakala hampir 3,000 lagi cedera setakat ini.

Serangan berterusan itu turut memusnahkan infrastruktur awam dan memaksa ratusan ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Ketegangan di Lubnan dilihat sebahagian daripada konflik lebih luas di Asia Barat, sekali gus meningkatkan kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap risiko perang yang lebih besar jika usaha gencatan senjata tidak diperluaskan.

Berita berkaitan
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke
7 jam lalu· Politik
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu· Isu semasa
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
20 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
2 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
4 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok