Sabah, Sarawak kekal diesel murah

March 26, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengekalkan harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter di Sabah dan Sarawak walaupun harga pasaran meningkat, dalam usaha mengambil kira cabaran unik di kedua-dua negeri itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan faktor geografi serta kekangan logistik yang berbeza berbanding Semenanjung Malaysia, khususnya melibatkan kawasan pedalaman dan rangkaian pengangkutan yang lebih mencabar.

“Apabila perbezaan harga ini membengkak, kita harus waspada dan mengambil tindakan pengawalan yang lebih rapi serta penguatkuasaan lebih berkesan,” katanya semasa menyampaikan perutusan khas hari ini.

Beliau menambah walaupun keputusan itu dianggap munasabah buat masa ini, isu ketirisan perlu dikawal dengan tegas.

Langkah itu diumumkan menerusi perutusan khas berkaitan strategi negara memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

Beberapa tahun kebelakangan ini, ketidaktentuan geopolitik telah memberi tekanan kepada harga minyak dunia, sekali gus mempengaruhi dasar subsidi domestik.

Pada masa sama, kerajaan turut memperkenalkan had pengisian diesel bagi memastikan bekalan mencukupi dan diagihkan secara adil.

Bagi kenderaan ringan termasuk pengangkutan awam, barangan dan persendirian, had maksimum ditetapkan sebanyak 50 liter setiap pembelian.

Kenderaan pengangkutan darat tidak melebihi tiga tan pula dihadkan kepada 100 liter, manakala kenderaan melebihi tiga tan dibenarkan sehingga 150 liter.

Menurut Anwar, langkah itu penting bagi mengelakkan kegiatan penimbunan dan penyeludupan yang sebelum ini dikesan berlaku akibat perbezaan harga yang ketara antara subsidi dan pasaran terbuka.

“Tanpa penyesuaian ini, kita bimbang ada kecenderungan untuk mengumpul dan menyeludup seperti mana telah dikesan selama ini,” katanya.

Sabah dan Sarawak sebelum ini sering diberikan pertimbangan khas dalam pelaksanaan dasar bahan api negara, memandangkan kos penghantaran yang tinggi serta kebergantungan kepada pengangkutan darat dan sungai untuk bekalan ke kawasan luar bandar.

Berita berkaitan
Azmin sahkan Bersatu tidak masuk gelanggang PRN Sarawak
2 jam lalu· Politik
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
2 jam lalu· Isu semasa
GPS umum 82 calon, 11 muka baharu pada PRN Sarawak
4 jam lalu· Politik
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
4 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
7 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok