Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Kerajaan Malaysia menyatakan penghargaan terhadap keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara ini melalui Selat Hormuz, sekali gus membuka laluan kepada kru dan kapal terbabit untuk meneruskan perjalanan pulang dengan selamat.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan awal yang dibuat oleh Presiden Iran, Masoud Pezeshkian itu amat dihargai dalam situasi geopolitik yang tegang ketika ini.
“Saya ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Presiden Iran kerana memberi laluan dan kini kita dalam proses melepaskan kapal minyak Malaysia serta pekerja yang terlibat supaya dapat pulang,” katanya dalam satu perutusan khas.
Selat Hormuz merupakan laluan strategik utama dunia yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak global.
Sebarang gangguan di kawasan itu memberi kesan besar kepada rantaian bekalan tenaga antarabangsa.
Ketegangan di Asia Barat, termasuk konflik yang berlarutan, telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan laluan tersebut dan kestabilan bekalan minyak.
Menurut Anwar, Malaysia tidak terkecuali daripada tempias konflik berkenaan, khususnya apabila sekatan dan gangguan di Selat Hormuz menjejaskan aliran minyak dan gas.
Namun, beliau menjelaskan negara masih berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding negara lain hasil keupayaan syarikat tenaga nasional, PETRONAS.
“Walaupun kita lebih bersedia, kesan tetap dirasai. Bekalan makanan boleh terjejas, harga dijangka meningkat, begitu juga baja serta sumber tenaga,” katanya.
Beliau menambah kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan impak terhadap rakyat dan ekonomi negara.
Pada masa sama, Anwar menggesa menyeru rakyat agar memahami pendekatan yang diambil kerajaan dalam menghadapi tekanan semasa.
“Langkah ini terpaksa diambil kerana situasi global yang mencabar. Percayalah, kita berusaha memastikan rakyat tidak terbeban dan setiap keputusan dibuat secara teliti dan berhemah,” katanya.
Krisis di Asia Barat terus menjadi perhatian dunia kerana kesannya bukan sahaja kepada keselamatan serantau, tetapi juga kestabilan ekonomi global, khususnya dalam sektor tenaga dan perdagangan.
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
Portal rasmi KKM diserang penggodam
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar