Kawalan RON95 diperketat mulai April

March 28, 2026 · Isu semasa

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperketat kawalan penjualan bahan api bersubsidi, khususnya RON95, bermula 1 April ini susulan tekanan terhadap bekalan minyak global.

Dalam kenyataan rasmi, KPDN memaklumkan langkah itu diambil sebagai respons kepada ketidaktentuan pasaran tenaga dunia yang berpunca daripada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Antara tindakan utama ialah penguatkuasaan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan berdaftar asing di seluruh negara.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan. Penyelewengan subsidi adalah pengkhianatan kepada rakyat dan negara,” kata kementerian itu.

Di Malaysia Timur, semua pengusaha stesen minyak diwajibkan melaksanakan kawalan lebih ketat terhadap penjualan diesel kepada kenderaan pengangkutan darat.

Penjualan akan dihadkan mengikut kategori kenderaan dengan kuantiti maksimum antara 50 hingga 150 liter bagi setiap transaksi.

Menurut KPDN, langkah ini bertujuan memastikan diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak disalah guna oleh sindiket penyeludupan atau sektor yang tidak layak.

Seramai 2,400 pegawai penguat kuasa turut diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi memperhebat pemantauan di lapangan.

Dalam perkembangan berkaitan, penggunaan kad kredit dan debit asing di stesen minyak juga akan dihadkan secara berperingkat.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Azman Adam, berkata pengguna dengan kad luar negara perlu membuat bayaran di kaunter dan bukan lagi di pam.

“Kami sedang mengintegrasikan sistem pam dengan pangkalan data identiti dan sistem perbankan. Selepas 1 April, setiap transaksi akan ditapis secara automatik,” jelasnya.

Langkah ini juga dijangka membantu pihak berkuasa memantau pematuhan pengusaha stesen minyak terhadap peraturan yang ditetapkan.

Situasi ini berlaku di tengah ketegangan geopolitik apabila Iran dilaporkan menyekat laluan strategik di Selat Hormuz selepas serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel pada akhir Februari.

Laluan itu merupakan antara nadi utama perdagangan minyak dunia, dengan kira-kira 3,000 kapal tangki melaluinya setiap bulan.

Gangguan tersebut telah menjejaskan bekalan global dan mendorong banyak negara mengambil langkah penjimatan bagi mengawal kenaikan harga minyak.

Malaysia kini turut memperkukuh kawalan domestik bagi melindungi bekalan dan kepentingan rakyat.

Berita berkaitan
Harga minyak RON97 turun 50 sen, RON95 turun 40 sen
November 11, 2026· Isu semasa
Kenderaan rosak akibat RON95, Petron dan Caltex tawar pampasan: Armizan
November 5, 2026· Isu semasa
Gaji minimum RM2,000 perlu seiring bantuan kos sara hidup: Amir Hamzah
November 5, 2026· Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
November 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
6 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
8 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok