Akmal cadang potong gaji wakil rakyat, kongsi bersama kesusahan rakyat

March 28, 2026 · Politik

Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan supaya kerajaan memotong gaji Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) susulan kebimbangan terhadap kesan penyelarasan subsidi petrol RON95 kepada rakyat.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata langkah itu wajar dipertimbangkan supaya wakil rakyat dari kerajaan dan pembangkang sama-sama merasai tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi orang ramai.

Menurut beliau, rakyat sebenarnya telah lama mengamalkan perbelanjaan berhemah, malah keadaan menjadi lebih mencabar apabila had kelayakan subsidi BUDI95 dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April ini.

“Kita minta rakyat berjimat cermat, sedangkan sebelum subsidi dipotong pun mereka sudah hidup berjimat. Bayangkan selepas pengurangan ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan majoriti rakyat tidak akan terjejas kerana sekitar 90 peratus pengguna hanya menggunakan kira-kira 100 liter petrol sebulan.

Saifuddin menjelaskan, penyelarasan itu adalah langkah seimbang bagi memastikan subsidi terus disasarkan kepada golongan layak tanpa menjejaskan kedudukan kewangan negara.

Katanya, tekanan global termasuk kenaikan harga minyak mentah melebihi AS$100 setong memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.

“Di Hong Kong, harga petrol mencecah sekitar RM14 seliter dan di Singapura sekitar RM10 seliter. Ini realiti global yang kita hadapi,” katanya.

Beliau turut menegaskan kerajaan tetap mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga pasaran sebenar dianggarkan sekitar RM3.87 seliter.

“Ini bukan keputusan mudah, tetapi bukti komitmen kerajaan untuk melindungi rakyat,” ujarnya.

Namun, Akmal berpandangan kesan sebenar di peringkat rakyat tidak boleh diukur hanya melalui angka semata-mata.

“Mungkin bagi sesetengah pihak jumlah itu kecil, tetapi bagi orang lain, ia sangat besar dan memberi kesan ketara. Ada perbezaan antara angka di atas kertas dengan realiti kehidupan rakyat,” katanya.

Isu subsidi bahan api terus menjadi perdebatan hangat sejak kerajaan memperkenalkan pendekatan penyasaran bagi mengurangkan beban fiskal negara, dalam masa sama memastikan bantuan sampai kepada golongan memerlukan.

Berita berkaitan
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026· Politik
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
April 15, 2026· Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
April 14, 2026· Politik
Salah faham isu dakwaan diesel dihantar ke Filipina: Fahmi
April 14, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
19 jam lalu · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
April 16, 2026 · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026 · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok