Petronas nafi terlibat bekal minyak ke Filipina

March 29, 2026 · Isu semasa

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan syarikat itu tidak terlibat dalam sebarang cadangan pembekalan bahan api kepada sebuah kerajaan tempatan di selatan Filipina seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Petronas memaklumkan pihaknya tidak mengetahui mengenai cadangan tersebut dan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian atau komitmen berkaitan.

“Fokus utama kami adalah memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan untuk Malaysia. Itu kekal sebagai keutamaan, disokong oleh rangkaian bekalan yang kukuh serta kerjasama rapat dengan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Isu ini timbul susulan laporan media Filipina yang menyatakan kerajaan wilayah Davao del Norte merancang mendapatkan bekalan minyak mentah dan petrol dari Malaysia bagi menangani kenaikan harga bahan api di wilayah berkenaan.

Menurut laporan itu, wilayah tersebut bercadang membeli kira-kira 44 juta liter bahan api sebagai penghantaran sekali sahaja, dengan tujuan menstabilkan bekalan dan harga tempatan yang terjejas akibat ketidaktentuan global, khususnya konflik di Asia Barat.

Gabenor wilayah berkenaan, Edwin Jubahib dilaporkan berkata perbincangan awal telah diadakan dengan pihak di Johol, Negeri Sembilan, yang didakwa mempunyai simpanan minyak, dan bekalan itu dijangka melibatkan Petronas.

Namun, penafian Petronas sekali gus menimbulkan persoalan mengenai status sebenar cadangan tersebut.

Filipina kini berdepan tekanan bekalan tenaga apabila rizab bahan api negara itu dilaporkan merosot kepada sekitar 40 hingga 45 hari sahaja.

Situasi itu menyebabkan lebih 400 stesen minyak terpaksa menghentikan operasi akibat lonjakan harga bahan api.

Dalam usaha menjimatkan penggunaan, kerajaan tempatan di Davao del Norte turut melaksanakan langkah seperti sistem berkongsi kenderaan serta menyediakan tangki simpanan kecemasan bagi kegunaan perkhidmatan penting.

Davao del Norte terletak di pulau Mindanao di selatan Filipina dan bersempadan dengan beberapa wilayah lain termasuk Davao Oriental, Davao de Oro dan Bukidnon.

Berita berkaitan
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
KPDN tunggu analisis 27 sampel petrol disyaki bercampur air
October 18, 2026· Isu semasa
Hasil kerajaan dijangka cecah RM380.8 bilion pada 2027: MoF
October 9, 2026· Isu semasa
Sindiket Filipina bayar RM210,000 sewa jet peribadi: Polis
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
6 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
8 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok