Bekalan minyak terkawal, subsidi kepada rakyat dikekalkan: PMX

March 31, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak negara berada pada tahap stabil dan mencukupi, sekali gus memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, hasil perbincangan bersama Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) serta beberapa syarikat minyak lain mendapati bekalan sedia ada mampu menampung keperluan negara sekurang-kurangnya untuk tempoh lebih sebulan.

“Isu harga bahan api sangat dekat di hati saya. Kita perlu menanganinya berdasarkan fakta dan kejelasan. Selepas berbincang dengan PETRONAS dan syarikat minyak lain, kita masih mampu mengawal keadaan untuk tempoh sebulan atau lebih,” katanya.

Beliau menegaskan dalam apa juga pelaksanaan dasar ekonomi, keutamaan kerajaan adalah memastikan rakyat tidak menjadi pihak yang paling terkesan.

“Rakyat seharusnya menjadi pihak terakhir yang terbeban dengan isu ini,” katanya lagi.

Kenyataan itu dibuat dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9 yang turut membincangkan cabaran ekonomi semasa, termasuk ketidaktentuan geopolitik global yang memberi tekanan kepada harga tenaga dan rantaian bekalan dunia.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pengurangan kuota petrol RON95 bersubsidi daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April, namun harga kekal pada RM1.99 seliter.

Langkah itu dilihat sebagai usaha mengimbangi keperluan fiskal negara tanpa menjejaskan kebajikan majoriti rakyat.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata kerajaan akan terus memperhalusi dasar ekonomi melalui siri perbincangan dengan pasukan ekonomi negara bagi melindungi kepentingan rakyat dalam jangka sederhana dan panjang.

Namun, beliau mengakui cabaran terbesar adalah mendapatkan sokongan menyeluruh daripada semua pihak dalam suasana politik semasa.

“Dalam sebuah negara demokrasi, bukan mudah untuk meraih sokongan semua pihak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar mengetepikan perbezaan politik dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi negara.

“Marilah kita fokus kepada langkah-langkah yang boleh meringankan beban ekonomi dan membina dasar yang difahami serta disokong bersama,” katanya.

Berita berkaitan
Kumpulan NGO gesa kerajaan dan blok pembangkang sepakat laksana lapan reformasi
November 3, 2026· Politik
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
November 3, 2026· Isu semasa
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
November 3, 2026· Isu semasa
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
November 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pengasingan AG dan Pendakwa Raya ambil masa setahun, perlu 148 undi MP
14 jam lalu · Isu semasa
Beras masih cukup, jangan buat pembelian panik: Mohamad Sabu
16 jam lalu · Isu semasa
MMM mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi
18 jam lalu · Isu semasa
KBS tak lulus HYROX KL jika tajaan arak tidak ditarik balik
20 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Janji untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok