Mafia korporat semakin licik, guna struktur sah lindungi jenayah: Azam Baki

April 2, 2026 · Isu semasa

Kegiatan mafia korporat di negara ini dilihat semakin tersusun dan sukar dikesan apabila sindiket berkenaan menggunakan struktur perniagaan yang sah bagi mengaburi pihak penguat kuasa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata, jenayah yang berlaku ketika ini bukan lagi bersifat konvensional, sebaliknya melibatkan satu ekosistem terancang yang didalangi rangkaian profesional dan pihak berkepentingan.

“Kita perlu melihat realiti hari ini dengan jelas, apa yang kita hadapi bukan lagi jenayah biasa tetapi satu ekosistem jenayah terancang yang digerakkan mafia korporat,” katanya ketika berucap pada program libat urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) di ibu pejabat SPRM.

Menurut beliau, sindiket tersebut bukan sahaja melindungi aktiviti haram, malah memanipulasi struktur korporat dan sistem sedia ada untuk memastikan kegiatan mereka terus berjalan tanpa dikesan.

“Mereka menggunakan akauntan, peguam, perunding dan juga orang dalam agensi tertentu untuk melindungi operasi mereka termasuk membersihkan wang haram,” katanya.

Isu mafia korporat kembali menjadi perhatian susulan dakwaan seorang ahli perniagaan kontroversi, Victor Chin yang mendakwa seorang ahli Parlimen daripada PKR meminta wang tunai RM9.5 juta bagi menyelesaikan kes berkaitan sindiket tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Azam turut mendedahkan aktiviti penyeludupan e-sisa dan sisa plastik haram yang semakin berleluasa di negara ini, melibatkan pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan lesen import.

“Terdapat elemen rasuah di peringkat penguatkuasaan yang membolehkan kontena ini melepasi pintu masuk negara tanpa pemeriksaan sewajarnya,” katanya.

Beliau menegaskan isu tersebut bukan sekadar melibatkan pencemaran alam sekitar, malah memberi kesan besar kepada ekonomi dan kedaulatan negara.

“Negara bukan sahaja berdepan risiko pencemaran, tetapi juga kehilangan hasil dan reputasi di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Selain itu, kegiatan penyeludupan diesel melalui Ops Karen dan penyeludupan tayar dalam Ops Grip turut menyebabkan ketirisan hasil cukai mencecah ratusan juta ringgit.

Menurut Azam, kemampuan sindiket beroperasi dalam tempoh lama menunjukkan wujud kelemahan dalam sistem serta kemungkinan penglibatan pihak tertentu sebagai ‘enabler’.

Perkembangan ini turut menguatkan desakan pelbagai pihak termasuk UMNO agar penguatkuasaan diperkasa dan siasatan dilakukan secara menyeluruh tanpa kompromi.

Berita berkaitan
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
2 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
2 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
20 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
20 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok