Warga Malaysia di Iran akan mula dipindahkan pada Jumaat

June 18, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia akan memindahkan rakyat negara ini termasuk perwakilan, pelajar dan pelancong yang berada di Iran mulai Jumaat ini berikutan keadaan keselamatan yang semakin tidak menentu di negara berkenaan.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan telah mengenal pasti jumlah rakyat Malaysia yang masih berada di Iran dan sedang mengatur proses pemindahan mereka.

“Jumlah yang telah mendaftar tidak terlalu besar, namun kita telah menyediakan segala persiapan termasuk pengurusan visa untuk memastikan mereka dapat keluar dari Iran dengan selamat,” kata Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau menambah, proses pemindahan dijangka bermula dalam tempoh satu hingga dua hari ini dengan tarikh sasaran pada 20 Jun ini.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan perkembangan terkini situasi keselamatan di Iran yang semakin meruncing. Kementerian Luar sebelum ini telah mengeluarkan nasihat perjalanan supaya semua rakyat Malaysia di Iran meninggalkan negara itu dengan segera melalui saluran yang selamat.

“Keadaan semasa di Iran sangat tidak stabil dan berpotensi bertambah buruk tanpa amaran awal,” tegas Fahmi.

Langkah ini diambil susulan laporan media antarabangsa pada Jumaat lalu yang menyatakan Israel mungkin melancarkan serangan ke atas Iran berikutan kebimbangan terhadap program pembangunan senjata nuklear Tehran.

Kerajaan Malaysia akan terus memantau perkembangan situasi dan memberikan bantuan yang diperlukan kepada warganegara yang terjejas.

Pemindahan dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Iran.

Berita berkaitan
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan
November 18, 2026· Isu semasa
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
November 16, 2026· Isu semasa
Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura susulan isu jerebu
November 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok