Saman fitnah: Bekas calon PAS mengaku kesal atas perbuatan fitnah Fahmi

April 6, 2026 · Politik

Seorang pengendali akaun Facebook N13 Kuang, Mohd Fauzan Madzlan mengakui kesal atas perbuatan fitnah yang dilakukan terhadap Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran yang mendakwa kononnya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Pengakuan dibuat Mohd Fauzan yang juga bekas calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang yang direkodkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini semasa prosiding berlangsung di kamar.

Persetujuan tersebut disepakati selepas pengendali Facebook tersebut bersetuju yang Fahmi tidak menyampaikan ceramah politik di dalam Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada 2023.

Perkara itu disampaikan oleh peguam Fahmi, Fahri Azzat kepada kepada Hakim, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

Sementara itu, Fahmi ketika ditemui menghargai persetujuan pengendali Facebook tersebut.

“Saya ucap terima kasih kepada Fauzan atas persetujuan kita selesaikan dengan cara baik dan pengesahan beliau itu amat saya hargai,” katanya sambil ditemani pasukan peguamnya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, perkembangan kes saman fitnah terhadap dua lagi individu iaitu Wan Azri Wan Deris ataupun Papagomo dan pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani akan diketahui petang ini.

Untuk rekod, Fahmi sebelum ini menyaman tiga individu berkenaan untuk membersihkan nama beliau daripada spekulasi memberikan ceramah politik di masjid dalam tempoh Pilihan Raya Negeri Selangor pada tahun 2023.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa beliau menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.

Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai 2023 manakala di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos, tahun sama.

Menurut Fahmi, kenyataan fitnah itu tidak berasas dan pihak Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.

 

Berita berkaitan
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
13 jam lalu· Politik
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026· Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
June 26, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
11 jam lalu · Politik
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
11 jam lalu · Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
12 jam lalu · Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
13 jam lalu · Politik
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok