‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi

June 26, 2026 · Isu semasa

“Kesejahteraan Dinikmati” dipilih sebagai tema rasmi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, manakala logo Malaysia MADANI dikekalkan sebagai identiti rasmi sambutan pada tahun ini.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata tema berkenaan mencerminkan aspirasi kerajaan untuk membina sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, dengan manfaat pembangunan serta kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Menurutnya, tema itu dipilih bagi menggambarkan komitmen kerajaan memastikan kesejahteraan tidak hanya dinikmati oleh golongan tertentu, sebaliknya dirasai secara menyeluruh oleh semua rakyat Malaysia.

“Pemilihan tema ini memberi gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni. Fokus utamanya ialah memastikan kesejahteraan bukan hanya dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi seluruh rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Fahmi turut menyeru organisasi media memainkan peranan memperluaskan penyebaran tema sambutan HKHM 2026 supaya semangat penghayatannya dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September depan.

Beliau berkata, media juga digalakkan memperbanyakkan kandungan yang menonjolkan nilai kenegaraan dan semangat patriotisme bagi memupuk rasa cinta kepada negara serta memperkukuh jati diri nasional sepanjang Bulan Kebangsaan.

“Usaha ini penting bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dan memperkukuh jati diri nasional, khususnya sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang bakal menjelang,” katanya.

Menurut Fahmi, pelbagai program dan aktiviti sempena Bulan Kebangsaan tetap akan dilaksanakan secara meriah meskipun diraikan dengan pendekatan yang sederhana.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan sambutan HKHM 2026 menerusi portal rasmi Merdeka360.

Beliau berkata, perpaduan yang kukuh menjadi asas penting kepada negara untuk terus memberi tumpuan kepada agenda pembangunan serta pengurusan negara secara lebih berkesan dalam menghadapi cabaran dan ketidaktentuan persekitaran global.

“Marilah kita sama-sama menghayati tema ‘Kesejahteraan Dinikmati’ dengan memperkukuh semangat perpaduan serta menyemai rasa syukur atas keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang dinikmati hari ini,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan disambut pada setiap 31 Ogos bagi memperingati kemerdekaan negara, manakala Hari Malaysia pada 16 September diraikan sebagai simbol pembentukan Malaysia pada 1963.

Setiap tahun kerajaan memperkenalkan tema dan identiti rasmi bagi menyatukan semangat patriotisme serta menggalakkan penyertaan rakyat dalam pelbagai program sepanjang Bulan Kebangsaan.

Berita berkaitan
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026· Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
June 24, 2026· Isu semasa
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
June 24, 2026· Isu semasa
TM salur RM500,000 bantu kebajikan pengamal media: Fahmi
June 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026 · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
5 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
June 25, 2026 · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok