Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan, Amidi Abdul Manan membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
PKR menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berhubung kenaikan harga minyak sebagai tidak berpijak di bumi nyata dan berpotensi mengelirukan rakyat.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan Amidi Abdul Manan, berkata hujah harga minyak tidak wajar naik kerana Malaysia tidak terlibat dalam sekatan di Selat Hormuz adalah terlalu sempit dan tidak mengambil kira faktor global.
Menurutnya, Selat Hormuz hanyalah laluan bagi kira-kira 20 peratus perdagangan minyak dunia, manakala baki 80 peratus melalui laluan lain.
“Jika itu alasannya, kenapa harga minyak dunia tetap meningkat walaupun sebahagian besar bekalan tidak melalui Selat Hormuz?” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan kenaikan harga minyak dunia lazimnya dipengaruhi oleh faktor bekalan dan kos operasi, termasuk pengurangan pengeluaran oleh negara pengeluar utama.
“Penurunan pengeluaran minyak oleh negara Teluk memberi kesan besar kepada bekalan global, sekali gus mendorong kenaikan harga,” ujarnya.
Isu harga minyak kembali hangat diperdebatkan selepas PAS sebelum ini mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan alasan ekonomi yang dikatakan tidak munasabah.
Abdul Hadi dilaporkan berkata Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri dan tidak terkesan dengan sekatan terhadap Iran, justeru tiada sebab kukuh untuk kenaikan harga minyak di Semenanjung.
Beliau juga mempersoalkan perbezaan harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, sambil mendakwa ia menunjukkan kelemahan alasan yang diberikan kerajaan.
Mengulas lanjut, Amidi berkata kenyataan sedemikian boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan rakyat.
“Kegagalan memahami situasi sebenar boleh membawa kesan negatif. Apabila isu ini dipolitikkan, ia berisiko menimbulkan kemarahan yang akhirnya menggugat kestabilan politik negara,” katanya.
Beberapa tahun kebelakangan ini, turun naik harga minyak global sering dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik, keputusan pengeluaran oleh negara pengeluar serta perubahan permintaan dunia, menjadikan isu tersebut lebih kompleks daripada sekadar faktor tempatan.
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar