AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi

June 25, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengingatkan pengundi, khususnya golongan muda, supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan dan naratif politik yang dibawa Parti Bersama diketuai Rafizi Ramli menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin mendakwa Rafizi cuba membentuk persepsi agenda reformasi gagal dilaksanakan bagi mempengaruhi rakyat menyalahkan kerajaan, sedangkan beliau sendiri pernah diberi kepercayaan memegang jawatan kanan dalam pentadbiran Kerajaan Madani.

Menurutnya, pengundi muda hari ini lebih matang dalam membuat penilaian dan tidak lagi mudah dipengaruhi retorik politik yang hanya bertujuan meraih sokongan jangka pendek.

“Apa yang lebih penting ialah rekod pencapaian, keupayaan mentadbir dan keberanian politik dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya yakin pengundi muda akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan rekod pencapaian, bukannya propaganda politik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, harapan rakyat ketika ini lebih tertumpu kepada kestabilan politik, peluang pekerjaan, pelaburan berkualiti, peningkatan pendapatan serta jaminan masa depan yang lebih baik berbanding polemik politik.

Danish turut mendakwa prestasi pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang menjadi bukti keupayaan gabungan itu mentadbir berdasarkan rekod pencapaian.

Pada masa sama, beliau mendakwa Parti Bersama masih belum mempunyai rekod pentadbiran yang boleh dijadikan ukuran walaupun diterajui dua bekas menteri Kerajaan Madani.

“Akhirnya rakyat akan menilai berdasarkan rekod kerja, bukannya propaganda politik. Ketika parti-parti lain sibuk mencatur percaturan politik dan masa depan parti masing-masing, Perdana Menteri terus memberi tumpuan kepada usaha mentadbir negara serta memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, PH akan terus berusaha menjadi tunjang harapan rakyat di Johor dan seluruh negara dengan meneruskan agenda pembangunan serta memperkasa kesejahteraan rakyat.

Rafizi sebelum ini mengumumkan penubuhan Parti Bersama selepas meninggalkan PKR bersama bekas Naib Presiden parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Parti baharu itu dijangka menjadi antara pencabar dalam PRN Johor akan datang, sekali gus menyaksikan persaingan lebih sengit khususnya bagi meraih sokongan pengundi muda.

Berita berkaitan
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
June 25, 2026· Politik
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
2 jam lalu· Politik
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
2 jam lalu· Politik
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
2 jam lalu · Politik
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
5 jam lalu · Politik
“Onn Hafiz pak turut, UMNO Johor boneka terikat,” Puad umum keluar UMNO
6 jam lalu · Politik
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
21 jam lalu · Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok