Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion

April 14, 2026 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu sejumlah besar wang tunai dan barang kemas ditemui dalam keadaan bertaburan di lantai ketika serbuan dijalankan di Pavilion Residences, yang dikaitkan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad.

Saksi, Amar Singh Ishar Singh, berkata pasukan serbuan menemukan 71 bagasi, satu kotak plastik serta 284 kotak berisi beg tangan di kediaman mewah yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor pada 17 Mei 2018.

Menurut bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman itu, kebanyakan bagasi berisi wang tunai pelbagai mata wang asing dan barang kemas yang terlalu padat hingga melimpah keluar.

“Wang dalam beg tidak disusun rapi, menyebabkan ia terkeluar dan bertaburan di lantai sehingga kami terpaksa menzip semula,” katanya di mahkamah.

Beliau menjelaskan, pasukan yang tiba sekitar jam 6.30 petang mendapati premis tidak berpenghuni dan barangan tersebut disimpan dalam dua bilik, manakala dua bilik lain kosong.

Namun usaha untuk mengira dan merekod semua barang tidak dapat dilakukan kerana jumlahnya terlalu banyak.

“Bayangkan jika kita membuat pengiraan, satu jenis barang kemas sahaja boleh mencecah sehingga 12,000 unit. Ia terlalu banyak untuk disenaraikan satu persatu,” ujarnya.

Kes ini berkait dengan saman AS$14.57 juta yang difailkan oleh Global Royalty Trading SAL, yang mendakwa lebih 40 barang kemas yang dipinjamkan kepada Rosmah hilang.

Amar turut memberitahu pasukan serbuan tidak mempunyai peralatan seperti mesin penimbang atau kepakaran untuk menilai ketulenan emas dan berlian di lokasi kejadian.

Semua bagasi kemudian dibungkus dan dihantar ke Bukit Aman menggunakan lima kenderaan khas dengan kawalan ketat.

Beliau berkata proses penilaian dilakukan kemudian di Menara KPJ sebelum barangan disimpan di bilik kebal Bank Negara Malaysia.

“Saya dimaklumkan satu barang kemas dikenal pasti milik syarikat tersebut dan telah dipulangkan,” katanya.

Perbicaraan di hadapan hakim Quay Chew Soon akan disambung petang ini.

Berita berkaitan
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
April 15, 2026· Isu semasa
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
April 14, 2026· Politik
7 Mei penentu nasib Najib berhubung bayaran kes saman USD1.3 bilion SRC
April 3, 2026· Politik
Najib didapati bersalah dalam kes saman SRC, diperintah bayar AS$1.3 bilion
March 31, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026 · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
11 jam lalu · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
11 jam lalu · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
21 jam lalu · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok