RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi

April 16, 2026 · Politik

Mahkamah Tinggi Khas Rasuah diberitahu mengenai kemasukan dana berjumlah RM5 juta ke dalam akaun parti Bersatu, hasil transaksi daripada dua syarikat serta seorang ahli perniagaan sepanjang 2021 hingga 2022.

Perkara itu didedahkan oleh dua pegawai bank yang tampil sebagai saksi dalam perbicaraan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pengurus Cawangan CIMB Bukit Tunku, Herdayanti Md Hasan, memaklumkan empat transaksi melibatkan jumlah RM2 juta, RM1 juta dan masing-masing RM500,000 telah dikeluarkan melalui cek atas nama ahli perniagaan, Azman Yusoff, antara September 2021 hingga November 2022.

Menurutnya, pengeluaran itu direkodkan dalam akaun CIMB milik Azman yang didaftarkan di bawah syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd.

Namun ketika disoal mengenai tujuan cek tersebut dikeluarkan, beliau berkata, “Saya tidak pasti tujuan sebenar pembayaran berkenaan.”

Seorang lagi saksi, Alfian Othman dari Maybank Kota Kemuning, pula mendedahkan bahawa syarikat Nepturis Sdn Bhd membuat bayaran RM1 juta melalui cek kepada Bersatu pada 21 Februari 2022.

Beliau menjelaskan dokumen transaksi itu diperoleh atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika sesi soal balas, Alfian bersetuju tiada sebarang bayaran daripada Nepturis disalurkan kepada Muhyiddin secara peribadi.

“Setuju, semua pembayaran adalah kepada parti,” katanya di mahkamah, sambil mengakui transaksi tersebut direkodkan secara telus.

Kes ini berkait dengan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan projek Jana Wibawa, satu inisiatif kerajaan ketika pandemik Covid-19 bagi mempercepatkan pelaksanaan projek dan merangsang ekonomi.

Muhyiddin berdepan beberapa pertuduhan termasuk menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan ratusan juta ringgit bagi parti, serta menerima dana yang didakwa hasil aktiviti haram.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda yang tinggi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin dijadualkan bersambung pada 28 April ini.

Berita berkaitan
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
6 jam lalu· Politik
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
6 jam lalu· Politik
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
12 jam lalu· Politik
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
12 jam lalu · Politik
Khlir dakwa kedudukan sebagai MP tidak terjejas walaupun digantung Bersatu
12 jam lalu · Politik
Wujud persefahaman baik UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan: Zahid
12 jam lalu · Politik
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
14 jam lalu · Politik
Bersatu pecat dua ADUN di Kedah, gantung tiga Ahli Parlimen
May 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok