Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution

April 16, 2026 · Politik

Sebarang hasrat parti dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) perlu dibincangkan melalui saluran rasmi, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Nasution yang juga Ketua Setiausaha PH berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi tidak wajar dibuat secara terbuka, termasuk melalui media, kerana PH mempunyai mekanisme dalaman yang jelas untuk mengurus rundingan antara parti komponennya.

“Dalam PH, kalau ada hasrat untuk sesuatu kerusi Parlimen, kita tidak umumkan dalam surat khabar.

“Kita bawa ke mesyuarat Majlis Presiden, ke peringkat sekretariat dan Jawatankuasa Perundingan Kerusi. Itu tertibnya,” katanya dipetik laporan media.

Menurutnya, pendekatan berstruktur ini penting bagi memastikan rundingan berjalan lancar, mengelakkan kekeliruan dan menjaga keharmonian dalam gabungan.

Kenyataan itu hadir susulan pandangan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang menyatakan hasrat partinya untuk memperluas penguasaan kerusi Parlimen pada PRU-16, termasuk menyasarkan Putrajaya serta beberapa kerusi lain di Wilayah Persekutuan seperti Labuan dan Titiwangsa.

Mengulas perkara itu, Saifuddin menekankan setiap cadangan perlu melalui proses rundingan kolektif dalam PH sebelum sebarang keputusan dibuat.

PH sebelum ini dikenali dengan pendekatan konsensus dalam menentukan agihan kerusi bagi mengelakkan pertembungan sesama parti komponen ketika pilihan raya.

Sejak penubuhannya, gabungan itu menubuhkan Majlis Presiden sebagai platform utama membuat keputusan strategik, termasuk pembahagian kerusi dan hala tuju politik.

Berita berkaitan
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
14 jam lalu· Politik
Pemuda Amanah Negeri Sembilan kekal bantah kerjasama dengan UMNO
May 8, 2026· Politik
Sanusi pelawa akar umbi UMNO bersama PAS, tolak UMDAP
May 8, 2026· Politik
Johor jadi tuan rumah Konvensyen PH pada 17 Mei, PMX sampaikan amanat khas
May 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
6 jam lalu · Politik
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
6 jam lalu · Politik
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
11 jam lalu · Politik
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
12 jam lalu · Politik
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok