UMNO cuba paksa buat PRU awal guna alasan krisis NS: Rafizi

May 2, 2026 · Politik

Rafizi Ramli mendakwa kemelut politik di Negeri Sembilan berpotensi menjadi langkah strategik UMNO untuk mendesak Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal.

Menurut bekas timbalan presiden PKR, situasi tersebut bukan sekadar konflik dalaman biasa, sebaliknya menyerupai percaturan politik yang pernah digunakan parti itu sebelum ini.

“Saya percaya kemelut ini adalah sebahagian strategi besar UMNO untuk membina gelombang kemenangan seperti di Johor dan Melaka. Tujuannya adalah untuk memaksa Perdana Menteri Anwar Ibrahim, membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU,” katanya dalam podcast Yang Berhenti Menteri.

Rafizi berkata, strategi tersebut dilihat cuba mencipta momentum politik menjelang kemungkinan PRU, termasuk cadangan menggabungkan pilihan raya dengan beberapa negeri lain sekitar Oktober.

Namun, beliau berpendapat percubaan itu tidak menunjukkan hasil yang memberangsangkan setakat ini.

“Nampaknya gelombang yang cuba dibina itu tidak menjadi seperti diharapkan. Malah, krisis ini mengingatkan rakyat kepada masalah dalaman UMNO sendiri,” katanya.

Krisis politik di Negeri Sembilan tercetus apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Langkah itu menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Harapan hilang majoriti mudah, sekali gus membuka ruang kepada pembentukan kerajaan baharu.

Walaupun begitu, Aminuddin kekal menerajui pentadbiran negeri dengan sokongan minoriti selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan terkini, pucuk pimpinan UMNO memutuskan untuk terus menyokong kerajaan perpaduan di peringkat pusat. Namun, keputusan tersebut tidak dipatuhi oleh kesemua ADUN UMNO di negeri berkenaan.

Berita berkaitan
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
May 2, 2026· Politik
UMNO Negeri Sembilan sedia jadi pembangkang: Jalaluddin
May 2, 2026· Politik
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
9 jam lalu· Politik
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
10 jam lalu · Politik
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
May 1, 2026 · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
May 1, 2026 · Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
May 1, 2026 · Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok