Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa UMNO kini semakin kehilangan kepercayaan pengundi Melayu susulan kerjasama parti itu dengan DAP, sekali gus menjejaskan sokongan terhadap gagasan baharu yang diperkenalkan.
Ketua Penerangan Bersatu itu berkata penolakan terhadap konsep seperti “Rumah Bangsa” dan “Kolaborasi Agung” bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ramai pengundi melihatnya sekadar slogan lama dengan wajah baharu.
“Bungkusannya mungkin cantik tetapi isinya masih sama, mungkin juga sudah basi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Kenyataan itu dibuat sebagai membalas kepada Khairy Jamaluddin yang meluahkan rasa kecewa apabila idea Rumah Bangsa kurang mendapat sambutan.
Menurut Tun Faisal, sentimen tersebut berpunca daripada krisis kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO, khususnya selepas beberapa keputusan politik yang dianggap bercanggah dengan kehendak penyokong tradisi parti.
Tambah beliau, pengundi kini lebih berhati-hati selepas pengalaman lalu.
“Mungkin pengundi pernah tersilap sekali, tetapi mereka tidak mahu mengulangi kesilapan itu buat kali kedua atau ketiga,” ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan UMNO yang sebelum ini menolak kerjasama penyatuan ummah bersama parti Melayu-Islam lain, namun kini kembali mengetengahkan slogan baharu menjelang pilihan raya akan datang.
Katanya, langkah tersebut dilihat lebih kepada strategi politik untuk kelangsungan parti berbanding prinsip perjuangan sebenar.
Tun Faisal juga mengaitkan strategi tersebut dengan hasrat UMNO untuk bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16, yang menurutnya sukar dicapai jika bekerjasama dengan Perikatan Nasional kerana pertindihan kawasan majoriti Melayu.
Dalam konteks lebih luas, PRU-15 menyaksikan perubahan besar landskap politik negara apabila sokongan pengundi Melayu berpecah, sekali gus memberi kesan kepada dominasi tradisional UMNO.
Situasi itu memaksa parti berkenaan mencari pendekatan baharu bagi memulihkan pengaruhnya.
“Pemimpin UMNO sedar mereka sudah kehilangan undi Melayu kerana bersama DAP,” kata Tun Faisal, sambil menegaskan persepsi itu menjadi cabaran utama parti tersebut menjelang pilihan raya akan datang.
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar