UMNO rela jadi pembangkang di NS, Anwar minta semua pihak bertenang

May 4, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan pimpinan UMNO Negeri Sembilan yang dikatakan sanggup menjadi pembangkang sebagai belum jelas, sambil menegaskan keutamaan ketika ini adalah menjaga kestabilan pentadbiran negeri dan menghormati institusi beraja.

Perdana Menteri berkata perkara itu tidak wajar diperbesarkan memandangkan situasi sebenar masih belum muktamad.

“Kenyataan itu belum jelas, jadi saya tidak mahu mengulas lanjut,” katanya kepada media selepas satu majlis rasmi di Putrajaya.

Menurut Anwar, isu utama ketika ini melibatkan kedudukan institusi diraja di Negeri Sembilan, yang perlu ditangani dengan penuh tertib.

Katanya, beliau sendiri telah mendengar pandangan daripada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan menegaskan bahawa kerajaan akan terus mematuhi titah baginda.

“Isunya tidak berbangkit kerana kita patuh kepada titah raja supaya keadaan kekal stabil dan Menteri Besar, Aminuddin Harun, meneruskan tugas,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan pendirian Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, yang sebelum ini dilaporkan menyatakan parti itu lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan dalam kerajaan negeri.

Langkah itu dikatakan bagi mengelakkan UMNO terpalit dengan krisis melibatkan adat dan Perlembagaan negeri.

Mengulas dakwaan bahawa kerajaan negeri pimpinan Aminuddin hilang majoriti sokongan, Anwar menegaskan perkara itu perlu ditentukan mengikut saluran undang-undang.

“Sama ada benar kehilangan sokongan sepenuhnya, itu mesti melalui proses yang sah,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan sistem beraja di Negeri Sembilan, termasuk peranan Undang, merupakan elemen penting dalam struktur pentadbiran negeri.

“Saya telah nasihatkan supaya terus taat kepada titah Yang di-Pertuan Besar dan santuni Undang mengikut peraturan serta undang-undang negeri,” katanya.

Pada 27 April lalu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dilaporkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, mencetuskan ketidaktentuan politik.

Krisis itu dipercayai berpunca daripada pertikaian melibatkan institusi adat, termasuk laporan tindakan undang luak yang dikatakan mengisytiharkan penurunan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
16 jam lalu· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
19 jam lalu· Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
22 jam lalu· Politik
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
June 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
19 jam lalu · Politik
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
19 jam lalu · Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
21 jam lalu · Politik
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
22 jam lalu · Politik
Annuar sahkan rundingan PAS-UMNO, kerjasama gagal dimeterai untuk PRN Johor: Laporan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok