Guru tadika didenda RM1,200 cubit murid hingga lebam

May 5, 2026 · Isu semasa

Seorang guru tadika didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Yong Peng selepas mengaku bersalah mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di bawah jagaannya dengan mencubit lengan mangsa hingga lebam.

Tertuduh, Nurul Amira Natasya Mohd Nazri, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara sebulan sekiranya denda gagal dibayar, namun tertuduh menjelaskan bayaran tersebut.

Melalui peguamnya, Mohd Razak Shariff, tertuduh memohon maaf atas perbuatannya.

“Saya mohon maaf kerana gagal mengawal emosi dalam mendidik kanak-kanak,” katanya ketika rayuan dikemukakan di mahkamah.

Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi pada 14 April lalu di sebuah tadika di Taman Sentang Jaya.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa, satu kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000.

Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa hanya menyedari kejadian tersebut selepas mengambil anaknya pulang kira-kira jam 4 petang pada hari sama.

Dia mendapati terdapat kesan lebam pada lengan kanan anaknya sebelum dimaklumkan bahawa kecederaan itu berpunca daripada cubitan guru.

Tidak berpuas hati, ibu mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Parit Sulong pada hari kejadian. Susulan laporan itu, pihak polis menahan tertuduh di tadika berkenaan bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati mangsa dicubit sebanyak dua kali pada lengan kanan.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk pemeriksaan lanjut, dan laporan perubatan mengesahkan kecederaan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan.

Berita berkaitan
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
October 28, 2026· Politik
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
5 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
15 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok