Abang Johari persoal kaedah pengiraan formula kemiskinan Rafizi di Sarawak

August 9, 2025 · Isu semasa

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, membantah metodologi pengiraan kadar kemiskinan yang digunakan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dengan menyatakan pendekatan tersebut tidak menggambarkan realiti sebenar di negeri ini.

Beliau menegaskan bahawa penilaian kemiskinan tidak boleh hanya berasaskan pendapatan tunai isi rumah semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira aset yang dimiliki.

“Saya ingin nyatakan bahawa pengiraan itu tidak tepat kerana ekonomi bukan sekadar apa yang nampak di permukaan. Kita perlu melihat aset seperti tanah dan rumah yang dimiliki, bukan sekadar wang tunai,” jelas Abang Johari ketika merasmikan Jambatan Nanga Lasi di Julau hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan Rafizi sebelum ini yang menyenaraikan enam negeri, termasuk Sarawak, sebagai antara yang termiskin dan perlu berusaha sendiri mengurangkan jurang ekonomi tanpa terlalu bergantung pada peruntukan kerajaan pusat.

Abang Johari turut menolak dakwaan Rafizi bahawa Julau merupakan antara daerah termiskin di Malaysia.

“Data yang digunakannya tidak mencerminkan keadaan sebenar. Saya mengajak beliau datang sendiri ke sini untuk melihat realiti di lapangan,” ujarnya.

Beliau berkongsi pengalaman sebagai bekas Menteri Perumahan Sarawak yang membangunkan Sibu Jaya, di mana ramai pembeli dari Julau mampu membeli rumah secara tunai hasil pendapatan pertanian.

“Ini membuktikan tahap ekonomi sebenar penduduk di sini. Malah, pihak bank terkejut kerana ramai yang membeli rumah tanpa pinjaman,” katanya.

Abang Johari menekankan bahawa pengiraan kemiskinan perlu komprehensif dengan mempertimbangkan semua aspek ekonomi, termasuk aset yang dimiliki, bagi mendapatkan gambaran tepat tentang taraf hidup sebenar penduduk.

Berita berkaitan
Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini: PMO
13 jam lalu· Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026· Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026· Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
September 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
13 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
13 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok