AGC kemuka rayuan terhadap pembebasan Syed Saddiq

June 26, 2025 · Politik

Satu Notis Rayuan dikemukakan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini berhubung keputusan pelepasan dan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam satu kenyataan, AGC berkata langkah membuat rayuan tersebut selepas meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Rayuan semalamn yang membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan dihadapinya.

AGC berkata, proses rayuan itu merupakan sebahagian daripada sistem kehakiman yang membenarkan semakan terhadap keputusan mahkamah yang lebih rendah.

Menurutnya, ia adalah amalan biasa dalam proses perundangan negara dan tidak mencerminkan sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.

“Pemfailan rayuan ini bertujuan memastikan isu-isu perundangan yang timbul daripada keputusan Mahkamah Rayuan dapat diteliti dan diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan, selaras dengan prinsip keadilan dan tadbir urus undang-undang yang telus,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda berjumlah RM10 juta.

Semalam, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq yang juga bekas Presiden Parti MUDA atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara memutuskan bekas Bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak bersalah, sekali gus menerima rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.

Turut bersidang Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Noorin ketika membacakan alasan penghakiman lebih satu jam berkata, pertuduhan dihadapi Syed Saddiq tidak berasas dan pendakwaan gagal membuktikan kesalahan bersubahat walaupun pada peringkat kes prima facie.

Sebelum ini, Syed Saddiq memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.

Berita berkaitan
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
9 jam lalu· Politik
MCMC-SPRM satukan teknologi, penguatkuasaan lawan rasuah
October 2, 2026· Isu semasa
Dua beradik tokoh korporat direman SPRM, kereta dan motosikal mewah disita
October 1, 2026· Isu semasa
UiTM Holdings ada kelompongan tatakelola: SPRM
October 1, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
8 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
8 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok