Agong, Raja Permaisuri nasihat rakyat lindungi diri ketika jerebu

September 15, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan negara.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut menggalakkan orang ramai mengamalkan pemakaian pelitup muka, terutama ketika berada di kawasan dengan kualiti udara tidak sihat.

Menurut hantaran itu, pencemaran udara boleh memberi kesan kepada kesihatan, termasuk meningkatkan risiko masalah berkaitan sistem pernafasan.

“Justeru rakyat, khususnya warga emas, kanak-kanak, golongan yang mempunyai masalah pernafasan serta individu yang bekerja di luar, dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada kesan buruk pencemaran udara,” menurut hantaran itu.

Seri Paduka Baginda berdua turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar, khususnya ketika bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat.

Rakyat juga disaran memastikan pengambilan air mencukupi selain sentiasa mengikuti pengumuman rasmi dan perkembangan bacaan IPU bagi membantu melindungi kesihatan diri serta keluarga.

“Seri Paduka Baginda berdua berharap seluruh rakyat sentiasa mengutamakan kesihatan dan mengambil langkah sewajarnya dalam menghadapi keadaan jerebu,” menurut hantaran tersebut.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 41 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 8 malam ini.

Sebanyak 25 kawasan pula mencatatkan IPU pada tahap sederhana, manakala hanya satu stesen merekodkan bacaan pada tahap baik.

Keadaan jerebu lazimnya boleh memberi kesan lebih ketara kepada kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan. Pendedahan berpanjangan kepada udara tercemar juga boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti batuk, sakit tekak dan kesukaran bernafas.

Sehubungan itu, orang ramai disaran mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi dan mengurangkan pendedahan kepada udara luar sekiranya bacaan IPU meningkat ke tahap tidak sihat.

Berita berkaitan
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
September 21, 2026· Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
September 23, 2026 · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
September 23, 2026 · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
September 23, 2026 · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
September 23, 2026 · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok